[VIDEO] 8 Bulan Menanti, Kepulangan ‘Appa’ Disambut Anaknya Menyentuh Hati Warganet

Terdahulu, rentas negeri tidak dibenarkan di semua daerah mahupun sempadan termasuklah Malaysia dan Singapura susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rentas sempadan: Singapura sedia bekerjasama dengan Malaysia

Gambar sekadar hiasan

Namun, kerajaan telah mengumumkan berita gembira di mana rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura secara berulang-alik, dibenarkan pulang ke Malaysia dengan syarat melakukan ujian swab sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini bermakna keluarga yang sudah lama terpisah juga boleh bertemu kembali melepaskan rindu masing-masing.

Terbaharu, sebuah video yang dimuat naik di TikTok oleh Kanchana Loges tular mengenai keluarganya yang sudah lama tidak berjumpa dengan ayah mereka akhirnya berjumpa kembali selepas lapan bulan bekerja di sana.

@kanchana_loges

after 8 months of singapore life🥺king of family come back to home❤##itsmekanchana ##family ##mama ##elderdaughter @_angel1409 @_.babydoll2005

♬ original sound – Kanchana_loges2725🇲🇾🔥🤨

 

Video berdurasi 30 saat itu dapat menyaksikan rindu keluarga ini terubat apabila ayah mereka pulang dari Singapura menaiki motosikal untuk menyambut Deepavali bersama.

Melihat di dalam video itu, kelihatan anak-anaknya menanti kepulangan dengan penuh teruja sambil berteriak memanggil ayah mereka dari jauh dan saling berpelukan, mencium satu sama lain.

Meninjau di ruangan komen, tidak mengira bangsa, rata-rata warganet yang melihat video itu turut tersentuh dan mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada mereka sekeluarga.

Ini baru lah satu Malaysia!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : HotFM

 

Be the first to comment on "[VIDEO] 8 Bulan Menanti, Kepulangan ‘Appa’ Disambut Anaknya Menyentuh Hati Warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*