Kenapa Warna-Warna Ni Selalu Buat Kita Rasa Lapar?

Mungkin ada yang pernah dengar atau terbaca tentang psikologi warna terhadap manusia, iaitu bagaimana sesuatu warna itu mempengaruhi kelakuan atau fikiran seseorang. Contohnya warna biru yang banyak dikaitkan dengan ketenangan, dan warna hitam yang dikaitkan dengan keadaan atau suasana suram. Dari psikologi warna inilah banyak jenama-jenama yang menggunakannya sebagai salah satu startegi marketing, dan yang paling banyak gunakan peranan warna dalam pemasaran mereka adalah perniagaan berkaitan makanan.

Mengikut psikologi warna, terdapat beberapa warna yang mampu membuatkan kita berasa lapar. Selalunya kita rasa lapar bila ternampak makanan ataupun terbau makanan yang sedap. Tapi sebenarnya warna pun boleh mempengaruhi selera makan kita. Menurut kajian, warna merah mampu membuatkan kita berasa lapar. Ia berlaku kerana warna panas seperti merah dan kuning kebiasaannya akan membuatkan kita rasa gembira. Jadi bila kita happy, ia bertindak meningkatkan aliran darah serta kadar degupan jantung dan secara tak langsung meningkatkan juga kadar metabolisme badan dan membuatkan kita berasa lapar.

Jadi sebab itulah restoran makanan segera seperti McDonalds, KFC dan sebagainya menggunakan warna asas merah pada logo mereka. Maksudnya lagi 100 tahun pun logo mereka tetap dengan warna merah sebab dah terbukti bila tengok logo je terus rasa lapar. Bila tengok bekas fries McDonalds yang warna merah tu terus mengidam nak makan fries dia. Jadi warna merah sememangnya mempunyai kesan terhadap minda dan badan kita.

Warna lain yang membuatkan kita lapar adalah warna hijau dan oren. Warna hijau dikaitkan dengan warna salad dan baik untuk mendorong kita untuk makan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran. Manakala warna oren sama seperti merah dan kuning yang mampu menceriakan orang.

Bagaimanapun, ada juga pendapat yang mengatakan warna merah ni sebenarnya tidak mempengaruhi selera makan kita, tetapi memori dengan warna tersebut yang buatkan kita rasa lapar. Contohnya waktu kita sekolah dulu bila dapat result cemerlang mesti mak ayah belanja kita makan KFC. Bila makan KFC kita akan rasa gembira dan kebetulan warna asas restoran KFC adalah merah. Jadi perasaan gembira kita itu yang mempunyai hubungan dengan warna merah. Lama-kelamaan minda kita pun akan memberi isyarat lapar bila kita nampak warna merah.

Warna Yang Memotong Selera Makan

Kalau warna merah dan kuning boleh buat kita rasa lapar, warna apa pula yang buat kita hilang selera makan? Ada kajian menunjukkan warna biru boleh buat orang tak lalu makan, manakala warna hitam dan ungu pula akan membuatkan kita alihkan pandangan dari makanan tersebut. Seperti menggoreng keropok lekor sehingga hangus, tentu kita pun tak lalu nak makan. Tapi untuk gula-gula yang ada pelbagai warna tu lain pula sebab ianya merupakan ‘manisan’. Begitu juga dengan warna coklat yang biasa kita kaitkan dengan kesedapan kek chocolate indulgence.

Sekiranya anda sedang dalam proses nak turunkan berat badan, mungkin boleh cuba teknik melihat warna-warna yang mengurangkan selera makan. Boleh juga melihat gambar-gambar makanan yang dimasak sehingga hangus.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : KoolFM

 

Be the first to comment on "Kenapa Warna-Warna Ni Selalu Buat Kita Rasa Lapar?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*