Elizad Berang Wanita Tawar Diri Jadi Madu, Mahu Kandungkan Zuriat Suami

Hasrat untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila keguguran minggu lalu, Siti Elizad meluahkan rasa berang apabila ada wanita yang tergamak menghantar mesej kepadanya menawarkan diri untuk menjadi madunya.

Elizad berkata, lebih kecewa wanita berkenaan berani membuat tawaran berkenaan selepas mengetahui dia mengalami keguguran. Malah, ada yang menawarkan diri untuk kandungkan zuriat dengan suaminya serta meminta bayaran.

 

“Saya masih bersedih sebab tiada zuriat dan keguguran, tapi macam mana dia berani tawarkan diri untuk menjadi madu?

“Ada juga yang mesej untuk mengandungkan anak saya dan suami dengan meminta bayaran. Ya Allah… sampai macam ini ya?” luah Elizad kepada mStar.

Isnin lalu, Elizad berkongsi berita duka apabila mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Meskipun keguguran, Elizad meluahkan rasa syukur sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun selama beberapa hari.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "Elizad Berang Wanita Tawar Diri Jadi Madu, Mahu Kandungkan Zuriat Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*