Imej Segak Azwan Ali Dipuji Warganet

Rancangan program realiti nyanyian Lagu Cinta Kita 2 nampaknya menjadi trending sehingga mendapat sambutan menggalakkan ketika hari pertama ditayangkan di TV3 pada Ahad lalu.

Bukan itu sahaja, penampilan salah seorang pengacara sensasi di pentas Lagu Cinta Kita 2 iaitu Azwan Ali atau Diva AA menggamatkan lagi suasana.

Ini kerana sudah sekian lama Diva AA tidak muncul di kaca TV, beliau tampil segak dan kemas  dengan penampilan yang berbeza, mengenakan sut rona coklat berserta bow tie.

Meninjau di laman sosial TV3, rata-rata penonton yang mengikuti rancangan itu teruja melihat Diva AA dan memuji cara beliau mengacarakan program berkenaan yang dianggap sangat professional.

Sumber dari Twitter TV3

Memetik laporan Oh Bulan sebelum ini, Diva AA berkata dia terkejut ketika diberi tawaran untuk menjadi hos rancangan itu kerana menyangka mereka tersalah hantar mesej!

“Memang terkejut dapat offer jadi host. Aku ingat mereka silap hantar mesej WhatsApp, ingat jadi artis jemputan tapi rupa-rupanya jadi pengacara.

“Lebih mengejutkan, aku akan mengacara bersama dengan Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom. Dia seorang personaliti yang brilliant. Macam mimpi! Umur dah 54 tahun, tapi Alhamdulillah Allah SWT dah kata itu rezeki aku”

Dalam pada itu, program Lagu Cinta Kita Ke-2 ini akan bersiaran secara langsung di TV3 bermula 8 November 2020, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam selama 8 episod.

Anda juga boleh strim live HD di www.tonton.com.my.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : HotFM

 

Be the first to comment on "Imej Segak Azwan Ali Dipuji Warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*