Ibu kepada pelakon Datuk Aaron Aziz, 44, iaitu Juriana Jaafar telah meninggal dunia, malam tadi.
Berita sedih itu dimaklumkan menerusi posting terbaru di akaun Instagram (IG)nya.
“Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadat umrahku serta selamatkanlah ibuku, Juriana Jaafar dari seksa kubur dan api neraka.
“Ambil lah segala kerja amal ku untuk menemani Ibuku di Alam Barzakh. Dan tempatkan lah Ibuku di antara hamba hamba MU yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la.
“Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini,” tulisnya.
Terdahulu, pelakon filem KL Gangster 2 itu ada memuat naik foto di hospital dan berharap arwah akan terus kuat.
Gempak mengucapkan salam takziah kepada Aaron dan seluruh ahli keluarga, semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis
Sumber :Gempak
Be the first to comment on "“Ambil Lah Segala Kerja Amal Ku Untuk Menemanimu Di Sana” – Aaron Aziz"