“Semoga Diberikan Kesihatan Yang Baik,” – Fasha Sandha

Pelakon, Fasha Sandha menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan ibu mertua, Rokkiah Md Noor yang sangat baik terhadap dirinya sekeluarga.

Malah, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan mengakui kini berasa sangat gembira dan bahagia kerana memiliki jalinan yang akrab bersama ibu mertuanya.

Dedikasi tersebut dikongsikan bintang berusia 35 tahun itu bersempena dengan hari jadi wanita berkenaan yang ke-60.

“Life has given me plenty of reasons to be happy, and you are one of them. I couldn’t wish for a better mother in Law.

“Happy 60th Birthday to the best MIL in the world! I love you Ibu.

“Semoga diberikan kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat. @itsaidilaziz @ishak_abdulaziz,” tulisnya.

Sekadar informasi, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Instagram Fasha Sandha via Media Hiburan

 

 

 

 

Be the first to comment on "“Semoga Diberikan Kesihatan Yang Baik,” – Fasha Sandha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*