“Tangan Menggigil, Hati Libang Libu” – Wany Hasrita

Penyanyi Wany Hasrita mengakui gementar dan berdepan cetik mendebarkan sepanjang menunggu keputusan ujian swab test COV1ID-19 sejak Selasa lalu.

Hal itu, ekoran Wany bermain badminton dengan kawan sekolahnya yang merupakan kont4k rapat kepada pesakit COV1ID-19.

“Kalau perasan saya kurang buat Instagram Stories sejak Isnin lepas sebab saya membuat swab test di sebuah hospital swasta di Shah Alam kerana kawan sekolah yang bermain badminton sama dengan saya adalah kontrak rapat kepada kawan dia yang positif COV1ID-19.

“Walaupun laporan dia belum keluar, sebagai langkah berjaga-jaga saya membuat ujian swab test itu bersama ibu saya dan terpaksa membatalkan jadual kerja saya sejak Isnin lepas.

“Ketika mengisi borang tangan saya menggigil-gigil walaupun ibu saya cuba tenangkan saya ketika itu.

“Sebenarnya tak sakit pun, ambil darah dan masuk ubat lagi sakit. Cotton bud yang digunakan pun kecil saja, cuma tekak rasa geli-geli dan nak terbatuk,” ceritanya.

Tambah Wany, sebagai persediaan dia telah mengemaskan beg pakaiannya dan menghantar kucing-kucingnya ke klinik haiwan seandainya dia dan ibunya disahkan positif COV1ID-19.

“Balik rumah saya kemas apa yang patut dan packing beg. Kucing pun sudah hantar ke klinik haiwan untuk dijaga.

“Ketika tunggu panggilan telefon untuk keputusan, rasa berdebar lain macam. Ibu dapat dulu, dia negatif kemudian barulah saya tahu keputusan saya.

“Apabila disahkan negatif, saya maklumkan kepada kawan-kawan saya dan sepanjang tempoh empat hari itu saya rasa sangat mencabar. Detik ini saya akan ingat sampai bila-bila terutama bila fikirkan libang-libu tak tenang itu,” tambahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hello polis, kenapa dulu muka dia kecik?

A post shared by WH (@wanyhasrita) on

Situasi yang dilalui Wany membuka matanya untuk mensyukuri nikmat Allah dan sentiasa menjaga diri serta orang sekeliling.

“Situasi ini membuka mata saya untuk sentiasa mensyukuri nikmat Allah dan menjaga kesihatan.

“Kalaulah keputusan saya positif, saya berlapang dada dan menganggap itu ujian Allah. Yang penting cara kita pandang ujian itu dalam sisi baik atau tidak,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "“Tangan Menggigil, Hati Libang Libu” – Wany Hasrita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*