Baru Dua Minggu Engku Emran Dan Laudya Bercer4i. Erra Fazira Akhirnya Tampil Buka Mulut

 

Berita tentang perc3raian Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran Engku Zainal Abidin ternyata menyejutkan ramai pihak.

Antaranya ialah bekas isteri Engku Emran iaitu Erra Fazira.

Pengacara, pelakon, dan penyanyi itu mengakui tahu serba-sedikit mengenai pergolakan rumah tangga mereka, namun tidak berniat untuk masuk campur langsung.

” Tidak ada sesiapa nak perc3raian, saya pun pasti Bella dan bekas suami tak nak,” ujar Erra Fazira, 46.

” Saya tahu sedikit sebanyak mengenai pergolakan itu. Tetapi, secara mendalamnya, saya tidak tahu dan tak mahu tahu pun.

” Kalau mereka tak buka mulut, saya pun zip mulut,” katanya.

Tambah Erra, dia juga ada bercerita mengenai hal itu dengan Bella dan Emran serta tahu mereka sudah lakukan sehabis baik untuk selamatkan rumah tangga dibina.

” Saya tak nak korek-korek pun, hanya tahu cerita dasarnya sahaja.

” Itu bukan cara saya untuk korek dan salah saya kalau nak ambil tahu,” katanya.

Jelas Erra, dia dan Bella ada berhubung namun tidak berbicara lanjut mengenai hal rumah tangga.

” Sebagai wanita kami ada berbicara tapi hanya perkara umum, adalah sedikit sebanyak memberikan nasihat tetapi tidak begitu terperinci.

” Bella juga tidak begitu bercerita lebih kepada saya. Memang kami rapat tetapi tidaklah selalu berhubung.

” Saya pun wanita dan saya ada bagi semangat kepadanya melalui teks sebab tidak ada sesiapa nak perc3raian.

” Saya pun pasti Bella dan bekas suami juga begitu. Mereka sudah cuba untuk menyelamatkan rumah tangga tapi itulah ketentuannya,” tambahnya.

” Sebagai wanita kami hanya berbicara cerita umum pasal wanita. Saya sedikit sebanyak, beri nasihat tapi taklah secara terperinci sebab Bella pun tak beritahu terperinci.

” Bukan mereka tidak cuba selamatkan rumah tangga, tapi Itulah ketentuanNya.

Erra ada bercakap dengan Engku Emran

” Saya juga pernah bercakap dengan bekas suami, tapi tidaklah sampai nak bercerita lanjut mengenainya,” katanya.

Penyanyi lagu Menangkah Cinta berkenaan turut menitipkan nasihat buat Bella, di mana dia berharap pelakon kelahiran Indonesia itu bersabar menerima dugaan.

” Dalam setiap pahit, pasti ada hikmah dan manisnya. Allah uji kita sebab Allah sayang kita dan adalah ganjarannya itu nanti. Bersabar sajalah,” katanya.

Pada 1 Julai lalu, Bella, 32, mengesahkan dia sudah berc3rai dengan Emran, 45, sekali gus menjawab teka-teki mengenai status perkahwinan mereka.

Menurut Bella, keputusan perc3raian itu dibuat secara sepakat di antara kedua-dua pihak dan ia dilakukan dengan cara yang baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : http://limauais.pw/

 

Be the first to comment on "Baru Dua Minggu Engku Emran Dan Laudya Bercer4i. Erra Fazira Akhirnya Tampil Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*