Susulan Dakwaan To’ki Langsung Tak Jenguk Dan Beri Nafkah Pada Anak, Adik To’ki Tampil Buka Mulut

 

Sejak seminggu lalu, kisah tentang To’ki, penyanyi yang pernah popular suatu masa dahulu dan kini tinggal di sebuah pondok mencvri perhatian masyarakat.

Kemudian timbul kenyataan anak perempuan To’ki yang mend@kwa bapanya itu telah ‘membuang’ dia dan adik beradik lain ketika masih kecil.

Mengulas perkara tersebut, adik To’ki tampil mempertahankan penyanyi popular era 1990-an itu, bahawa To’ki tidak pernah membenci anak-anaknya walaupun mereka menjauhinya.

Habibah Mansur, 44, berkata, faktor ekonomi dan hidupnya terumbang-ambing ketika itu membuatkan perkara ini berlaku.

Sebelum ini, anak kedua To’ki, Noor Hidayah Mohd Zaki, 27, mend@kwa kali terakhir dia bertemu bapanya itu ialah empat tahun lalu apabila To’ki menjadi wali nikahnya.

Hidayah berkata, sejak To’ki dan ibunya berpisah kira-kira 16 tahun lalu, itulah kali pertama dia menatap wajah bapa.

Mengulas krisis membabitkan abang dan anak-anaknya, Habibah berkata, dia berada di tengah-tengah dan perlu bijak memainkan peranan supaya tiada yang kecil hati.

” Yaya (panggilan untuk Hidayah) anak saudara saya dan To’ki pula bapa kandungnya.

” Apabila orang bertanyakan kasih sayang To’ki terhadap anak-anaknya, saya tak nafikan kerana saya pernah tinggal bersamanya selepas tamat SPM.

” Saya tahu bagaimana dia melayan anak-anaknya. Dia jarang tinggikan suara terhadap anak-anak. Tapi mungkin keadaan yang berlaku itu buat anaknya terasa.

” Masing-masing ada buat silap dan Yaya sebagai anak berhak untuk terasa. Mungkin pada dia bapanya mengabaikannya.

” Namun, sebenarnya setiap kali To’ki datang jumpa saya, dia selalu ajak saya berjumpa Yaya,” katanya.

Ketika sedang bekerja di pejabat, Habibah dihubungi To’ki yang menunggu di depan rumahnya semata-mata untuk membawanya berjumpa Yaya.

” Saya tak dapat ikut kehendak To’ki kerana menghorm@ti pendirian anak-anak saudara saya yang tak mahu berjumpa bapanya.

” Yaya juga pernah meluahkan perasaannya berkenaan bapanya. Begitu juga abangnya, Hafizi dan saya tak salahkan mereka.

” To’ki tak pernah marahkan mereka, malah dia selalu minta nombor telefon anak-anaknya daripada saya. Namun, saya pegang amanah dan hormat permintaan mereka.

” Saya ada nasihatkan Yaya, baik atau buruk seorang ayah, itu tetap ayah kita. Kalau kita tak jaga rahsia keluarga kita, orang lain akan ambil kesempatan.

Habibah juga sentiasa berdoa supaya anak-anak saudaranya boleh memaafkan bapa mereka, manakala To’ki perlu berusaha mendekatkan kembali diri kepada mereka.

” Dia pernah bercerita mengenai kesed1hannya apabila anak-anak enggan jumpa. Saya faham hati dan perasaan abang saya.

” To’ki dengan kak long (bekas isterinya) okey tapi kita kena hormat perasaan anak-anaknya. Kalau tak salah mereka berc3rai ketika Yaya berusia 10 tahun.”

Benda sebenarnya boleh selesai tapi disebabkan ada yang ambil kesempatan, ia jadi besar tapi saya tak marahkan Yaya,” katanya.

Habibah berkata, To’ki juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Nilam Qaseh dengan bekas isteri kedua yang kini dijaga bekas isterinya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Asia Kini

 

Be the first to comment on "Susulan Dakwaan To’ki Langsung Tak Jenguk Dan Beri Nafkah Pada Anak, Adik To’ki Tampil Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*