Wanita Malaysia pertama dilantik Profesor Madya di Universiti Oxford

 

KUALA LUMPUR: Pakar kardiologi, Dr Masliza Mahmod melakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia yang dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengucapkan tahniah kepada Dr Masliza atas kenaikan pangkatnya selain mengakui kebijaksanaan dan pencapaian hebat beliau sebagai pakar kardiologi.

“Beliau sememangnya seorang pakar kardiologi yang bijak dan meskipun berdepan pelbagai kesulitan serta cabaran, ketabahan dan minat mendalam beliau dalam penyelidikan klinikal menjadikannya seorang pakar kardiologi akademik yang ulung.

“Tiada apa yang boleh menghalang beliau untuk terus melangkah ke tahap lebih tinggi. Kita amat berbangga dengan pencapaian beliau… ,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Dr Masliza, first Malaysian woman associate professor at Oxford ...

Menurut Jabatan Perubatan Radcliffe di Universiti Oxford, penyelidikan Dr Masliza memfokus kepada penggunaan pengimejan resonans magnetik kardiovaskular (CMR), teknik-teknik spektroskopi bagi pengesanan awal kelainan jantung serta mencari rawatan baharu untuk pesakit kardiomiopati, kegagalan jantung, penyakit injap aorta dan diabetes mellitus.

Dr Maszlina, 47 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor kini menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Penyelidikan Kegagalan Jantung British Society of Cardiovascular Magnetic Resonance (BSCMR).

Beliau juga adalah Ahli Royal College of Physicians (MRCP) dari London itu memiliki Ijazah Sarjana Perubatan Dalaman (MMed) dari Malaysia dan ijazah perubatan awal (MBChB) dari Universiti Otago, New Zealand.

Nama Dr. Masliza Mahmod telah mendapat perhatian dari universiti tersebut kerana kejayaan beliau yang mengharumkan nama institusi melalui penyelidikan dalam bidang kardiovaskular.

Terdahulu, Dr Masliza Mahmod berjaya mendapat Anugerah Pensyarah Penyelidikan dari universiti yang sama dan menjadi rakyat Malaysia yang pertama mendapat anugerah menerusi bidang kardiovaskular.

 

Sumber: Berita Harian, Dato Seri Dr. Noor Hisham

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : http://hiburan.allhmt.com/

 

Be the first to comment on "Wanita Malaysia pertama dilantik Profesor Madya di Universiti Oxford"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*