“Saya beri lesen penuh..” – Ini Keputusan Menteri Agama Yg Ditunggu2 Ramai Isu Sajat

MALAYSIA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri tampil mengulas mengenai isu trnsgnder yang kembali hangat diperkatakan kini. Kata Zulkifli, pihaknya memberikan lesen penuh kepada penguasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk bertindak.

“Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan. Dengan syarat, patuhi SOP yang telah ditetapkan,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat.

Bagaimanapun, jelas Zulkifli pihaknya enggan menangkap individu yang dimaksudkan semata-mata sebaliknya memberikan pendidikan berhikmah kepada mereka.

“Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua (trnsgnder) kembali ke pangkal jalan.⁣

“Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama),” tambahnya.

Kecoh di media sosial apabila beberapa selebriti trnsgnder tampil secara terbuka mendedahkan kehidupan peribadi kepada umum.

Perkara itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna yang merasakan tindakan itu keterlaluan.

Petikan daripada halaman Twitter:

Lagi kenyataan daripada Dr. Zulkifli:

Dalam pada itu, Pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq menyatakan dia menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai menyuruhnya menegur usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Sebelum ini, nama Sajat menjadi bualan ramai selepas berkongsi foto dan video memakai bikini di Instagram (IG

Doakan Sajat

Menurut Abu, daripada meng-utuk dan menghi-na Sajat sebaiknya mendoakan supaya dia mendapat hidayah satu hari nanti.

“Tidak perlu kut-uk dan hi-na saudara Sajat. Elok kita doakan baik-baik dan hidayah buat beliau.

“Ramai yang hubungi saya minta serang Sajat sekarang. Saya jawab.. Sajat juga manusia biasa tidak terlepas dari d0sa dan n0da,” tulisnya.

Tambah Abu, sebelum terlambat sebaiknya sedar dengan kesal-ahan diri sendiri daripada menunding jari kepada Sajat.

Ramai PU dan Ustaz tidak berhikmah

“Tegurlah dia dengan berhikmah. Ramai juga yang bergelar Ustaz dan PU namun tidak berhikmah dalam berdakwah.

“Sebelum nak tunding jari pada Sajat. Jangan lupa 4 jari pada diri dulu. Bertaubatlah,” tulisnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MB

 

Be the first to comment on "“Saya beri lesen penuh..” – Ini Keputusan Menteri Agama Yg Ditunggu2 Ramai Isu Sajat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*