Pikul tong atas bahu dari kampung ke kampung, pakcik kerah kudrat jual aiskrim RM1

Meskipun sudah menginjak usia emas, segelintir individu sanggup mengerah kudrat yang semakin pudar demi meraih pendapatan bagi meneruskan kehidupan harian.

Itu dilakukan seorang lelaki warga emas yang menggunakan sepenuh tenaga bagi menjual aiskrim di sekitar perkampungan yang terletak di Tawau, Sabah.

Kisah pakcik itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Nurdiana Mohd Rapi menjadi salah seorang pelanggan sekali gus sebak memikirkan nasib orang tua tersebut.

Sangat menjentik hati dan perasaan ku petang ni 😭Terbaca satu posting dari adik Atma Febrianti baru ja tadii . Bangun…

Posted by Nurdiana Mohd Rapi on Saturday, July 4, 2020

Menurut Nurdiana, lebih mengundang kasihan apabila pakcik tersebut berjalan dari kampung ke kampung sambil mengangkat tong aiskrim di bahu kanannya.

“Berbaju hitam, bermask, dengan kudrat ndak seberapa angkat tong pink di bahu kanannya, tgn kiri memicit hon nya. Allahuuuu, automatik terus sebakk !

“Ndak fikir apapa, terus teriak pacik tu . Tanya dari mana , dia jawab dri Kg Pukat berjalan kaki sampai ke Logpond terus putar sampai ke sini. Jalan kaki Pakcik ? Jawabnyaa YA !!

“Terus mengalir airmata bahh sebab bapa ku sendiri berdiri di sebelahku tengok dalam tong nya. Pulun habis jualannya, terus minta dia balik ke rumah,” tulisnya.

Selain itu, Nurdiana juga meminta orang ramai untuk membeli jualan pakcik berkenaan yang berharga hanya RM1 sekiranya terserempak di tepi jalan.

“Sedap jugakk aiskrim nyaa. Anggap lah sebagai bantuan kecil kita utk dia . Dia tinggal di Jalan Kelapa, naik bas lepastu turun mana mana kampung dan teruskan cari rezeki dengan berjalan kaki jaa,” katanya.

Perkongsian daripada pengguna lain…

KAKAK MENCORET KISAH SI TUA …Selesai urusan seharian , dalam perjalanan pulang kereta bar berkelip kelip tanda…

Posted by Atma Febrianti on Friday, July 3, 2020

Sumber : Nurdiana Mohd Rapi , Atma Febrianti, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://www.mhi.allnws.com/

 

Be the first to comment on "Pikul tong atas bahu dari kampung ke kampung, pakcik kerah kudrat jual aiskrim RM1"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*