Dulu seteru, tular gambar duduk semeja dengan ‘Bossku’, Ini komen sempoi Azmin

 

PEKAN: Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menyaksikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turun berkempen.

Mohamed Azmin hadir dalam program kempen Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Tasik Mentiga pada Jumaat.

Menteri Kanan Ekonomi itu turut dilihat bersarapan semeja dengan bekas perdana menteri keenam itu.

Ini kali pertama Mohamed Azmin dan Najib dilihat bersarapan bersama meskipun pernah menjadi rakan seteru dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Apa masalahnya? Makanan pun sedap.

“Jadi saya, dia (Najib) sebagai Ahli Parlimen Pekan sudah tentulah saya mendapatkan maklumat tentang keadaan semasa di Chini dan Pekan.

“Beliau telah memaklumkan beberapa perkembangan di sini nampaknya cukup baik selesa bagi calon Barisan Nasional,” kata Mohamed Azmin ketika ditanya wartawan.

Kata Mohamed Azmin lagi, kehadirannya adalah bagi menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional.

“Rakyat gembira dan saya di sini mewakili rakan-rakan di peringkat Persekutuan (hadir) untuk memberikan sokongan moral kepada calon Barisan Nasional,” kata Mohamed Azmin.

Menurutnya, semangat Perikatan Nasional diterjemahkan menerusi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain.

“Barisan Nasional adalah anggota Perikatan Nasional dan sudah tentulah semangat perikatan Nasional harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan, termasuk membantu calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Chini.

“Inilah semangat kita laksanakan dan kita suburkan dalam Perikatan Nasional di mana kita meletakkan kepentingan negara dan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi ataupun kelompok,” kata Mohamed Azmin.

Malah, jelasnya, Perikatan Nasional dilihat diterima rakyat dan akan terus membawa kemakmuran kepada semua di negara ini.

Sebelum ini Datuk Seri Najib Razak pula tampil meny3rang Menteri Kanan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Najib tidak berpuashati dengan beberapa langkah yang dibuat Azmin melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang disifatkannya akan memberikan lebih banyak ruang untuk menggagalkan usaha memutuskan rangkaian penyebaran Covid-19.

Bagi beliau, pergerakan trafik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa ke-3 masih lagi menunjukkan berlakunya kesesakan yang tervk.

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesesakan itu dialami di sekatan trafik polis yang ditugaskan untuk mengawal PKP.

“Adakah ini akan menambah kerumitan dan beban kepada pihak polis dan tentera”? soal Najib di Facebooknya.

Ini kerana, katanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali menerima 12,360 permohonan dari syarikat-syarikat untuk beroperasi pada PKP fasa ke-3 ini.

“Katakanlah 50% dari 12,360 permohonan ini diluluskan dan katakanlah setiap syarikat yang dilulus ada 20 pekerja sahaja.

“Ini bermaksud 123,600 lagi pekerja yang akan diberikan pas,”kata Najib.

Jika itu berlaku, Najib berkata penambahan 123,600 buah kereta yang perlu diperiksa oleh pihak polis setiap hari.

Justeru, Najib mempersoalkan apakah langkah kerajaan untuk memastikan kesesakan di sekatan trafik tidak akan bertambah teruk.

“Dan adakah pusat perubatan pihak swasta kita mampu melakukan ujian Covid untuk 123,600 pekerja dalam tempoh baki 12 hari PKP fasa ke-3 ini?” soal Najib.

Sebelum ini, Azmin Ali berkata semua pekerja syarikat dalam sektor dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP tetapi diwajibkan menjalani saringan COVID-19 terlebih dahulu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Dulu seteru, tular gambar duduk semeja dengan ‘Bossku’, Ini komen sempoi Azmin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*