SEJAK arw@h isteri, Ramai pula minta anak dgn bapa muda berusia 23 tahun ini

 

“SEJAK arwh isteri meni1nggal dunia sehingga ke hari ini masih ada individu yang meminta seorang atau kedua bayi kembar saya untuk dijadikan anak angkat tapi sangat mustahil untuk tunaikan,” kata Syazwan Najmi Zulkarni, bapa kepada bayi kembar perempuan yang kem4tian ibu akibat komplik4si selepas bersalin.

Bapa muda berusia 23 tahun itu berkata, permintaan itu sama ada secara berseloroh atau serius kerap diujarkan terutama dalam kenalan yang tidak mempunyai zuriat atau simpati dengan nasib si kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya yang kini sudah mencecah usia tiga bulan.

Amanah Isteri

Syazwan Najmi berkata, tidak mungkin permintaan itu akan ditunaikan kerana bayi kembarnya itu adalah amanah yang ditinggalkan arw4h isterinya, Siti Nur Nasuha Shafie, 23 sekaligus menjadi satu-satunya ‘bukti cinta’ mereka.

“(Arw4h) isteri meninggal dunia selepas melahirkan Safiya dan Sofiya, mana mungkin untuk saya serahkan mereka kepada orang lain.

“Sekarang pun kalau saya pergi kerja, sekurang-kurangnya tengah hari saya akan pulang ke rumah mentua di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor untuk menjenguk mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pak Keral, Tumpat ketika majlis akikah puteri kembarnya, semalam.

Akhbar sebelum ini memaparkan kisah pilu yang menimpa ibu muda itu yang dua minggu bertarung nyawa sebelum meninggal dunia selepas bersalin akibat komplikasi dalaman.

Arw4h yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Syazwan Najmi berkata, memandangkan dalam adik-beradiknya tujuh orang yang kesemuanya lelaki, sudah pasti kehadiran dua kembar perempuan itu menjadi penyeri dalam rumah mereka.

“Buat masa sekarang bayi kembar saya ini dijaga keluarga mentua yang tinggal tidak jauh dari rumah memandangkan saya perlu bekerja bersama ibu dan bapa di kantin Hospital Tumpat,” katanya.

Ketika ditanya sama ada bersedia untuk mencari pengganti, Syazwan Najmi berkata, urusan itu diserahkan kepada Allah SWT malah tidak terlalu memfokuskan kepada perkara itu sebaliknya keutamaannya adalah untuk membesarkan bayi kembarnya.

“Walau sudah tiga bulan berlalu, saya masih tidak mampu berlama dalam bilik tidur kami kerana segenap sudut wajah arw4h isteri akan muncul.

“Saya pun tidak jamin mampu kekal berseorangan membesarkan dua anak ini kerana sudah pasti mereka perlukan kasih sayang seorang ibu malah keluarga saya dan mentua juga tidak menghalang.

“Bagaimanapun buat masa sekarang biarlah saya besarkan dua kembar ini terlebih dahulu lebih-lebih lagi ingatan terhadap arw4h isteri masih kuat,” katanya sambil memberitahu masih mengunjungi pusara isteri di Tanah Perkubvran Islam Kampung Ketil setiap Jumaat.

SYAZWAN Najmi menghayun buaian yang diletakkan Medina Safiya dan Medina Sofiya ketika majlis akikah. FOTO Siti Rohana Idris

Reaksi dari netizan

“Seorang ayah boleh jadi ibu dan ayah. Jaga lah anak awak dgn baik sebab hanya itulah kenangan untuk mu dari arw4h isteri mu. Semuga roh nya dicucuri rahmat dan di tempat bersama orang yg seolah. Aamiin…..

“Afiq Ferosa Jaga amanah allah lebih baik dari bg org atau cari bini baru yg belum tentu boleh jaga c comek ni….semoga anak² sht dm menjadi ank yg solehah..Aamiiinnn

“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan walaupun sesaat seminit dan seterusnya buat insan teristimewa ini. Insyallah.Aamiinx3…

“Moga adik kuat dlm menjaga amanah Allah .orng baru Belom tentu dpt menjaga anak kembar ini dgn baik .semoga bayi kembar ini sht dlm rahmatdn lindungan Allah swt.Aamiinn

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "SEJAK arw@h isteri, Ramai pula minta anak dgn bapa muda berusia 23 tahun ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*