Buat Kejvtan Hari Lahir Untuk Amar Baharin, Amyra Rosli Sambut Di Set Penggambaran

Aktres cantik Amyra Rosli, 29, telah membuat kejvtan sempena hari Iahir suami tercinta, aktor Amar Baharin yang ke-35 semalam.

Amyra memilih untuk meraikan hari istimewa itu di lokasi penggambaran drama Ayat-Ayat Halal di Sungai Besar, Kuala Selangor.

Menurut Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, perjalanan untuk ke sana mengambil masa selama dua jam.

“Perjalanan dua jam nak pegi set untuk buat kejvtan hari lahir rasa gementar macam nak kahwin!! Haha!!” tulisnya.

View this post on Instagram

Perjalanan 2 hours nk pegi set utk suprise bday nervous mcm nk kawin!! Haha!! Thanks a lot mama @noorzaridahahmad for helping me from A-Z.. she always wants the best for her anak2 n menantu.. thanks @nelly.rosli jagakan my babies n tq @naqiuddinrosli jd runner belikan present 💝 Also thanks to my kakak from another mom n dad @sis_515 yg tlg i adjustkan scene2 yg patutnya xde jadi ada.. haha.. Tq @kimihabib @iqbalrafael92 @ashbashri @mproslin_33 & team #ayatayathalal .. 🌹🌹 #buatcaptionmacambirthdayakupulak #anaqisetiapegangballons #inibukantemahijautapibanyakpulakcolourhijau #happybirthdaydaddy 😜 #amyramar

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on

Menerusi sebuah posting yang berbeza, pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu turut mendedikasi sebuah ucapan khas buat Amar.

“Selamat hari lahir untuk teman lelaki saya, tunang dan suami kesayangan. Doa terbaik akan selalu ku ucapkan untukmu. Tetaplah menjadi yang terindah untukku.

“Dan terima kasih kerana selalu menjadi imam yang baik buat ku. Terima kasih untuk segalanya sayang @amarbaharin. Sayang awak,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun manakala Ayra Aryssa pula dilah1rkan pada 1 Februari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Buat Kejvtan Hari Lahir Untuk Amar Baharin, Amyra Rosli Sambut Di Set Penggambaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*