Tiga bulan tiada ‘job’, Sufian Suhaimi tumpu bisnes bantaI zikir – “Kita kena cari jalan bagaimana untuk bertahan”

BERDEPAN kebimbangan dan masalah yang sama seperti orang lain, penyanyi Sufian Suhaimi mengaku pendapatannya turut terjej4s akibat penuIaran Covid-19.

Bagaimanapun, Sufian, 28, berkata, tempoh tersebut digunakan sebaiknya dengan memberi tumpuan terhadap bidang perniagaannya yang diceburi.

“Rasanya bukan penggiat seni sahaja terkesan tapi satu dunia. Tak boleh nak promosi lagu dan membuat persembahan seperti biasa tapi bagi saya, waktu ini kita kena cuba juga biasakan.

Sufian bersyukur sempat lancar perniagaan pada awal tahun.

“Kita kena cari jalan bagaimana untuk bertahan. Kita kena seimbang dan realitisik. Sama ada nak buat sesuatu yang betul-betul minat atau macam mana kita nak bertahan dalam waktu yang mencabar ini.

“Alhamdulillah, saya rasa bertuah kerana telah Iancarkan perniagaan pada awal tahun. Jadi, waktu macam ini saya boleh gunakan untuk fokus kapada bisnes itu.

“Saya dah tiga tahun dalam bidang muzik. Jadi, waktu dunia muzik tak berapa nak rancak, kita fokus bisnes. Sekurang-kurangnya dapat imbangkan antara minat dan kelangsungan hidup,” kata Sufian kepada mStar.

Kalau bukan PKP pun, saya memang tak suka tempat yang ada ramai orang.

SUFIAN SUHAIMI

PENYANYI

Penyanyi lagu Di matamu itu berkongsi perkara itu ketika ditemui di rakaman sebuah program realiti di Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini.

Sufian meIancarkan produk bantal zikir untuk bayi pada awal Januari lalu.

Dalam pada itu, tiga bulan berkvrung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak membuatkan dia berasa tertek4n.

Kata Sufian, bagi dirinya yang tidak suka bersosial dan lebih memilih menghabiskan masa di rumah menjadikan tempoh PKP yang dilalui sebagai sebagai satu kelebihan.

“Kebetulan saya memang suka duduk rumah. Kalau bukan PKP pun, saya tak suka tempat yang ramai orang. Tempat karaoke atau kedai mamak pun saya tak pergi.

“Masa PKP itu, saya rasa seperti satu dunia bersama saya. Semua orang duduk rumah tapi sudah tentu ada rasa b0san tapi saya dah bersedia lama untuk perkara ini. Siapkan rumah dengan aktiviti hiburan yang bermanfaat,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Tiga bulan tiada ‘job’, Sufian Suhaimi tumpu bisnes bantaI zikir – “Kita kena cari jalan bagaimana untuk bertahan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*