“MasyaAllah” – [VIDEO] Orang London Terkesima Dengar Azan, Ramai Berhenti Depan Masjid Rakam Video

Selalu kita dengar dan baca berita tentang rakyat luar negara yang racist dengan agama selain agama dorang kan? Tapi, video yang viral dekat Twitter ini akan buat korang sejuk hati.

Video yang dikongsikan semalam itu menunjukkan suasana di depan sebuah masjid di London di mana ketika itu azan sedang berkumandang.

Apa yang menyentuh hati, ramai orang awam yang berada di sekitar kawasan masjid seolah-olah terkesima mendengar laungan azan itu.

Ramai dilihat berhenti di kawasan tersebut sambil menggunakan telefon masing-masing untuk merakamkan video. Ada yang berbasikal dan ada juga yang memandu kereta sanggup berhenti di tepi jalan.

Melalui makluman seorang individu, kejadian itu berlaku di Masjid Leabridge Road dekat timur London. Satu video turut dimuat naik menunjukkan individu yang melaungkan azan ketika itu.

Sejuk hati tengok video macam ni…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : LOBAK MERAH

 

Be the first to comment on "“MasyaAllah” – [VIDEO] Orang London Terkesima Dengar Azan, Ramai Berhenti Depan Masjid Rakam Video"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*