‘Ditudvh Sekat Ali Puteh Jumpa Anak’ Isteri Abam, Nor Hidayah Mula Bersuara

 

KRISIS antara Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah kembali menjadi perbualan apabila pelawak itu mend4kwa tidak dibenarkan bertemu anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 11 bulan.

Bagaimanapun, Norr Hidayah ketika dihubungi mStar enggan bercakap panjang mengenai hal itu sebaliknya meminta doa yang terbaik untuk dia dan anaknya.

“Untuk perkara itu, saya minta maaf. Saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan berkaitan ini.

“Doakan yang baik-baik untuk saya, Hamzah dan keluarga, ” katanya.

Abam meninggl dunia pada 10 Februari lalu.

Ali menerusi artikel sebuah portal hiburan mendedahkan tidak diberi peluang bersemuka dan menjernihkan keadaan antara mereka setelah disek4t oleh Nor Hidayah di laman sosial.

Namun Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Redzuan, 31, akur dengan apa yang terjadi dan enggan meletakkan kesalahan tersebut kepada mana-mana pihak.

Abam Bocey, atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meningg4l dunia di kediamannya di Gombak pada 10 Februari lalu.

Dalam pada itu, Nor Hidayah meluahkan rasa sedih melihatkan anak lelakinya yang sedang belajar berjalan tercari-cari dan memanggil bapanya.

“Sekarang Hamzah dah nak pandai berjalan sambil tercari-cari ayahnya. Bila nampak gambar ayahnya yang saya tampal di dinding, perkataan pertama yang Hamzah sebut adalah ‘ayah’.

“Sayunya hati saya bila perkataan pertama yang disebut adalah ayah. Setiap kali dia nak tidur, mesti dia akan peluk gambar ayahnya dan terus tidur. Pandai dan cerdiknya anak ibu,” ujarnya.

Sementara itu, Nor Hidayah mengakui terkesan dan sedih apabila menjalani ibadah Ramadan tahun ini tanpa suami di sisi.

“Suasana menyambut Ramadan tahun ini berbeza tanpa suami di sisi, sedih yang tak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata.

“Biasanya, masa bersahur saya akan masak untuk bersahur bersama-sama. Manakala sebelum waktu berbuka, saya dan arw4h suami saya akan masak bersama-sama untuk juadah berbuka puasa, saling tolong-menolong, ” ujarnya.

Sumber : Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Media Viral

 

Be the first to comment on "‘Ditudvh Sekat Ali Puteh Jumpa Anak’ Isteri Abam, Nor Hidayah Mula Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*