Dh Mitak Maaf Tapi masih nk boikot. Ini nasihat padu Pu Azman

Ibarat kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata bvruk padahnya.

Tapi yang menerima padahnya pula orang lain, iaitu si abang (Datuk Faroz) meskipun yang membuat silap adalah adiknya

PU Azman bersuara

Tampil bersuara, Pencetus Ummah (PU) Azman telah menyuarakan pendapat beliau tentang isu tersebut.

Sesuai dengan statusnya sebagai seorang pendakwah, PU Azman mengajak orang ramai supaya berlapang dada dan ingat Allah.

Menurut PU Azman, perasaan marah ada hadnya. Tidak sepatutnya seseorang itu membuat komen yang mengajak orang lain berbuat sesuatu yang bertentangan dengan agama.

” Ketika kita dakwa seseorang itu takabbur kerana merendahkan bangsa kita, kita juga takabbur kerana terus meniupkan api permusvhan setelah dia memohon maaf.

” Ini bukan lagi soal kita mesti boikot produk sesiapa. Tapi ia soal mengamalkan pesan Allah dan Rasul.

” Bila kita silap, akhlaknya ialah memohon maaf. Bila kita dihulurkan permohonan maaf, akhlaknya ialah memaafkan.

” Mungkin kita sukar melupakan, tapi Allah suruh kita memafkan..” tulis PU Azman

” Cik Man juga Melayu. Marah juga melabuh rasa. Tapi sampai bila.”

” Ketika dia melontarkan sentimen perbezaan, cuba kita cari apa yang kita sama dengan dia.

Tambah PU Azman lagi, ketika sesama mukmin berseteru, ada yang lain meraikan kemenangan. Bukankan Allah memujuk kita dalam surah al Hujurot ayat 10.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ .

Maksud :”Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih)”.

Kita nak terus ingat kesilapan dia, silakan. Kerana itu soal ingatan.Tapi memaafkan adalah satu kewajipan kerana itu soal tuntutan.

Ketika kita menuding jari kepada orang yang menghina, kerana tidak ikut Sunnah Rasul dalam berkata baik, kita juga terpalit tidak mengikut sunnah Rasul dalam memaafkan.

Muzaffar akan minta maaf di FB

Aktivis terkenal Yusuf Azmi ada menggesa untuk Muzaffar supaya  membuat permonan maaf di FB live  kerana permohonan maaf di IG sebelum ini tidak mencukupi

Mengikut saranan pegguna di Malaysia, Muzaffar telah memuat naik satu posting untuk membuat satu video penjelasan pada pukul 5 petenag bagi menjernihkan isu. Tapi sehingga kini, belum ada apa-apa video dari pihak Muzzaffar

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : M.B

 

Be the first to comment on "Dh Mitak Maaf Tapi masih nk boikot. Ini nasihat padu Pu Azman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*