Turut Terkesan Dengan PKP! Angkasawan Negara Turun Padang Jadi Rider Hantar Makanan

Sepanjang perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasa pada 18 Mac yang lalu banyak cerita-cerita rakyat yang membuka mata kita yang selama ini kita terlepas pandang. Bukan sahaja rakyat biasa yang terkesan namun ada jugak artis yang tampil untuk membela hak masing masing.

Banyak NGO dan juga individu yang prihatin turun padang bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik ini demi untuk kelangsungan hidup harian. Pertolongan yang disumbangkan adalah bekalan makanan pada tempoh PKP ini.

ANGKASAWAN NEGARA TURUT TERKESAN

Sepanjang tempoh PKP ini, kita semua tahu bahawa hanya sesetengah perniagaan sahaja yang boleh beroperasi terutamanya berkaitan dengan keperluan asas seperti berkaitan dengan kesihatan dan juga makanan. Dalam masa yang sama, sepanjang tempoh ini kebanyakkannya menggunakan khidmat penghantaran dirumah tanpa perlu keluar kekedai.

Sumber Instagram

Penghantaran ini kebanyakkannya adalah daripada anak muda yang ingin mencari duit belanja lebih sepanjang tempoh PKP inni dan juga membuat persiapan untuk masa hadapan.

Terbaru, satu kongsian yang telah dibuat oleh angkasawan pertama Malaysia, tak lain dan tak bunkan Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang telah menjadi perhatian netizen semua. Foto yang dikongsi itu adalah dirinya sebagai “rider” untuk menghantar makanan daripada restoran yang diusahakan bersama dengan Chef Ismail, Restoran Rebung.

Sumber Instagram

Angkasawan negara tidak kekok untuk berkongsi usahanya dengan warganet sepanjang tempoh PKP ini. Menurut Dr Muszaphar restorannya itu baru sahaja bermula beroperasi kembali setelah lama tutup disebabkan oleh PKP dan dia mengambil peluang ini untuk membuat penghantaran tempahan peminat di sekitar Kuala Lumpur dan sekitar.

SEORANG YANG KERJA KERAS

Dalam masa itu, isteri Dr Muszaphar juga telah memuat naik gambar yang sama. Dr Halina telah memberitahu bahawa suaminya sememangnya seorang yang yang sering bekerja keras untuk apa pun, bukan hanya sekarang tetapi sejak daripada dulu lagi.

Restoran Rebung itu adalah salah satu usahanya yang bermula sejak daripada tahun 2003 sampai ke hari ini. Kejayaan Dr Muszaphar bukan sahaja seorang angkasawan pertama negara tetapi malah pengusaha restoran daripada tempat biasa sehingga ke hari ini restoran yang sangat besar.

Tidak kira siapapun kita, selagi mempunyai kudrat kita mesti berusaha keras untuk melangsungkan kehidupan seharian dan mengubah nasib diri kita dan keluarga kerana setiap yang berusaha itu pasti mempunyai hasil kemudian hari, termasuklah usaha berdoa kepada Allah siang dan malam tanpa jemu. InsyaAllah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

He worked hard. He worked very hard since the day I met him.. . Cuba check @rebung_taman_botani kot2 buleh request delivery boy yg ni.. 😉 #Repost @drsheikhmuszaphar ・・・ Pic – Being a delivery Boy Not many knew that I co-own Rebung Restaurant with Chef Ismail way back since 2003 and it has bloomed ever since . I remembered going to Pasar Borong Selayang at 0400 am during those days buying fresh seafood everyday for the past 6 months during our start up . I remembered sending Lemang & Rendang & Dodol in the wee hours of morning Raya for the past 2 years . Those were the days. And Alhamdulillah – after 17 years Rebung still standing strong with 80 staffs achieving many Awards – Best Malay Food for 5 consecutive years . We even shifted from Bangsar Park to Botanical Park in 2018 for a more spacious 5 storey parking space and could accommodate upto 500 pax . – Syukur Alhamdulillah … I’m a man who is passionate on food . And Rebung is focused on Authentic Malay Food especially Negeri Sembilan . There’s no doubt the food is mouth watering – Haha puji Restaurant sendiri . We started opening again last week during this MCO and I personally put my feet on the ground to deliver food . Memang Best . Just sharing . Salam Everyone … Love As Always … @rebung_taman_botani For order kindly WhatsApp 011 2790 6993 PS – Anyone been to Rebung ? Do share – TQ

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina) on

Sumber : Instagram Dr Sheikh Muszaphar Shukor

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : meecks.com

 

Be the first to comment on "Turut Terkesan Dengan PKP! Angkasawan Negara Turun Padang Jadi Rider Hantar Makanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*