Disoal Sudah Lafaz Talak? Ini Jawapan Aliff Syukri

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dia sudah melafazkan tal4k terhadap isterinya Datin Seri Nur Shahida menerusi ruangan Instagram (IG) Story miliknya.

Perkara itu dijelaskan sebagai jawapan kepada pertanyaan seorang pengikutnya yang bertanyakan perkara itu di ruang soal jawab laman sosial terbabit.

“Memang betul ke Datuk dah lafaz talak dekat Datin…Moga ada jalan terbaik untuk Datuk dan Datin, Amin,” tulis individu tersebut.

Menjawab soalan itu, Aliff menyatakan dia masih belum melafazkan talak dan akan mengikut peraturan dari pihak berkuasa.

“Saya harap anda tidak menabur fitn4h, saya tak pernah berbuat begitu, dalam soal ini, saya juga akan mengikut peraturan dari pihak berkuasa,” jelasnya dalam IG Story.

VIDEO :

Baru-baru ini kecoh apabila surat tuntutan cer4i dipercayai milik pasangan itu tersebar di Internet.

Difahamkan, Aliff dan Shahida sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur berdasarkan video dimuat naik di Instagram.  

Menerusi perkahwinan Aliff dan Shahida, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Disoal Sudah Lafaz Talak? Ini Jawapan Aliff Syukri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*