“Kena Buat Stok Tisu Tandas?” – Harith Iskander Hairan Tisu Tandas ‘Sold Out’, Isteri Minta Gunakan Air

Pelawak Harith Iskander meluahkan rasa hairan apabila tisu tandas kehabisan stok di pasaraya. Jelasnya menerusi rakaman video yang dimuat naik isteri, Dr Jezamine Lim, dia tidak mengerti pada waktu yang cukup meruncing, mengapa tisu tandas yang menjadi pilihan utama.

Seloroh bapa kepada tiga orang anak ini, mungkin pada waktu kecem4san ini, netizen lebih kerap ‘membuang’ di tandas. Isterinya turut menambah, adalah lebih selamat dan bersih menggunakan air selepas ‘operasi’ di dalam tandas daripada menggunakan tisu.

“What’s with stocking up toilet paper rolls? Tag your toilet paper friends 😂😂😂😂Scroll down..

#Repost @drjezaminelim

“Like seriously…toilet paper hoarding mania. If you will be staying at home and all ready for that

“lockdown” .. try use the bidet or after your big poo poo…run into that shower area to wash your bum bum with nice warm water and soap and pat that bum bum of yours with towel .. eco friendly 😀.. save money, plus your bum bum is much cleaner and smells better too! #justsaying @harithiskander”

Keadaan ini turut mendapat persetujuan netizen yang nyata pelik mengapa tisu tandas ‘sold out’ di rata-rata pasaraya.

Foto : Instagram Harith Iskander

“Mereka Tak Bertanggungjawab Rebut Barang Macam Zombie” – Harith Iskander Cadangkan Supaya… 

Pelakon, pengacara dan pelawak Harith Iskander kecewa dengan segelintir masyarakat yang tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab sehingga tercetusnya p4nic buying.

Dalam satu IGTV di Instagram miliknya, Harith menganggap tingkah laku tersebut seolah-olah seperti zomb1ie yang tidak punya perasaan lantas mengaut apa sahaja barang di pasaraya.

“P4nic Buying tidak membantu situasi yang kita lalui sekarang. Ia membuatkannya menjadi lebih teruk.

“Berkumpul pada satu tempat membuatkannya lebih teruk. Anda membantu penyebaran vi1rus (Cov1id- 19),” kata Harith dalam Bahasa Inggeris di IGTV miliknya.

Harith kemudiannya menyarankan agar semua memulakan satu gerakan yang dipanggil ‘P4nic Supporting’.

“Apa kata kita ‘p4nik’ untuk membantu antara satu sama lain terutamanya pada mereka yang tidak berkemampuan, yang miskin, yang kais pagi makan pagi, yang begantung kepada pendapatan harian untuk meneruskan kehidupan.

“Seperti makcik yang menjual nasi lemak, dia tidak boleh membuka gerainya buat masa sekarang dan dia tidak ada pendapatan harian,” tambah Harith lagi.

Harith mencadangkan kumpulkan rakan-rakan dan ahli keluarga dan p4nikkan diri untuk memberikan sumbangan kewangan untuk mereka yang tidak berkemampuan supaya mereka juga mampu membeli barangan di pasaraya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

This is a time to think of others – we are all in this together. So I would like to suggest a new movement #PanicSupporting #DontPanicBuy

A post shared by Harith Iskander™️ (@harithiskander) on

Tambah Harith, inilah masanya untuk memikirkan tentang orang lain kerana semua menghadapi situasi yang sama tetapi tidak semua mempunyai kapasiti yang sama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : 

 

Be the first to comment on "“Kena Buat Stok Tisu Tandas?” – Harith Iskander Hairan Tisu Tandas ‘Sold Out’, Isteri Minta Gunakan Air"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*