Kerana ros4k hubungan dengan Allah, pelakon Bollywood ini umum bersara

BINTANG filem remaja Bollywood, Zaira Wasim, membuat pengumuman untuk men1ngg4lkan dunia lakonan dengan alasan kerjaya tersebut meng4nggu kehidupannya sebagai umat Islam.

Bintang terkenal dengan filem Dangal itu berkata, dia tidak boleh bertoleransi antara agama yang dianuti dengan keperluan sebagai pelakon di pawagam India.

“Perjalanan ini meletihkan apabila saya terpaksa berper4ng dengan diri sendiri. Hidup terlalu pendek namun terlalu lama untuk memer4ngi jiwa ini.

“Oleh itu, hari ini saya buat keputusan dengan baik dan secara rasminya memberitahu pembub4ran saya dalam bidang ini,” ujar Zaira di status laman sosialnya pada Ahad.

Filem Dangal berdasarkan kisah seorang ahli gusti India itu menjadi filem yang mendapat kutipan tertinggi di India pada tahun 2016.

Zaira, 18, memenangi Anugerah Anak Kebangsaan dalam Pencapaian Luar Biasa menerusi peranannya dalam filem yang menampilkan pelakon Aamir Khan.

Zaira berkata, walaupun meraih populariti menerusi filem berkenaan, dia tidak gembira dengan apa yang dilaluinya.

“Bidang ini membawa banyak cinta, sokongan kepada saya, tapi apa yang berlaku sebenarnya membawa saya ke arah kej4hilan.

“Saya tidak sedar secara diam-diam iman saya terjejas. Saya bekerja di persekitaran yang secara konsisten meng4nggu iman saya. Hubungan saya dengan agama ter4ncam,” ujarnya.

Sementara itu, ulama Islam terkenal dari Zimbabwe Mufti Ismail Menk, dan bekas ketua menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah menyokong keputusan Zaira untuk men1ngg4lkan kerjaya lakonannya.

 

Sumber : Ki Lihat langit Biru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

 

 

Be the first to comment on "Kerana ros4k hubungan dengan Allah, pelakon Bollywood ini umum bersara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*