Selepas Padam F0to Di Instagram, Engku Emran & Laudya Cynthia Bella Did3kwa Sudah Tinggal Beras1ngan?

Rumah tangga pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella bersama Engku Emran kembali hang4t diperkatakan.

Terbaru, timbul sp3kulasi mengatakan pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung.

Menerusi laporan media Indonesia, ada pihak mengatakan Laudya telah kembali menetap di Jakarta sementara Emran tinggal di Kuala Lumpur.

Berdasarkan pemerhatian Gempak sebelum ini, Laudya telah memad4m semua foto bersama suaminya itu di laman Instagram.

Pada masa yang sama, Emran masih tidak memad4m foto bersama Laudya di laman sosial berkenaan.

Walaubagaimanapun, pasangan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai khabar angin tersebut setakat ini.

Terdahulu, Emran dan Laudya mendirikan rumah tangga pada September 2017.

Sebelum itu, Emran pernah menikahi aktres Erra Fazira pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya pada 30 Mac 2009.

Terdahulu, Erra Fazira tampil dedahkan sesuatu tentang perkahwinan Emran dengan Bella yang diambang perpisahan.

Sedar tak sedar, Engku Emran & Laudya Cynthia Bella sudah lebih dari 2 tahun menjadi suami isteri. Pasangan terkenal yang bernikah pada September 2017 itu sering dilihat mesra dan  bahagia. Lebih-lebih lagi, Bella sememangnya memang akrab dengan anak tunggal Emran yang bernama Aleesya.

Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini rumah tangga Bella dan Emran dikhabarkan sedang goyah seperti yang dilaporkan oleh Grid.id. Isu ini hangat diperkatakan selepas gambar yang dimuatnaik oleh Bella mengisyaratkan bahawa ada wanita lain yang cuba mengg0da Engku Emran.

Foto dimuat naik oleh Bella dalam kemas kini Instagram Story pada akhir September 2019. Khabar ker3takan rumah tangga Bella ternyata sampai ke telinga bekas isteri Emran, Erra Fazira. Seperti diketahui, hubungan Bella dan Erra terjalin dengan baik dan kedua-duanya mesra dalam menjaga Aleesya.

Sebelum ini, Erra menerusi kenyataanya di laman Youtube Indosiar Hot Issue turut memberi tanggapan tentang masalah ker3takan rumah tangga Bella. Erra berpendapat bahawa Bella adalah orang yang tepat untuk Emran, dan juga anaknya, Aleesya. Erra berharap Bella tetap bertahan di sisi Emran.

“Hidup ini mahu tenang kan? Saya mahu anak saya bahagia, senang, jadi dengan siapa pilihan Emran, yang penting boleh menerima anak saya seadanya,” kata Erra ni. Dan syukur alhamdulillah, berkat doa barangkali, bertemu dengan Bella.”

Lebih lanjut, Erra memuji sifat penyayang Bella yang berhasil membuat anak perempuannya merasa selesa. “Bella juga selesa bersama Aleesya, dia senang juga sama budak (anak kecil). Dan mungkin dengan sifat penyayang Bella itu, membuat Aleesya juga selesa dengan dia. Jadi, itulah doa kita sebagai ibu, mahu lihat anak senang semuanya aman,” kata Erra.

Di samping itu, Erra juga menekankan bahawa hubungannya dengan Emran telah lama berakhir. Dalam masa yang sama Erra  berharap Emran dapat mencari isteri yang baik, dan doanya ‘dijawab’ apabila Bella berkahwin dengan bekas suaminya.

“Saya berpisah dari Emran lama dahulu, sebelum Bella muncul,” jelas Erra. Dan dalam doa-doa saya juga selalu berdoa untuk isteri pengganti kepada Emran, biarlah itu yang baik, yang mengasihani dan saya mendapat apa yang saya doakan.”

 

Sumber : Gempak/komedimedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

 

 

Be the first to comment on "Selepas Padam F0to Di Instagram, Engku Emran & Laudya Cynthia Bella Did3kwa Sudah Tinggal Beras1ngan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*