Dibid4s Rita Rudaini Isu Solat Jumaat, Ini jawapan padu Dr Maza

KANGAR: Solat Jumaat di seluruh Perlis, semalam dib4alkan dan diganti dengan sembahyang zohor di rumah selepas mengambil kira situasi semasa penvlaran COVI1D-19.

Susulan itu, pelakon Rita Rudaini telah memuat naik status di laman IG mempertikaikan apa yang dibuat untuk menggantikan solat Jumaat dengan solat Zohor. Bagi Rita tidak perlu takut untuk ke masjid kerana masjid merupakan tempat yang selamat.

Berikut tulisan Rita di laman IG milik beliau

Mmmm…macam tak kena ja…takyah p jumaat, zohor kat umah?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mmmm…mcm xkena ja…xyh p jumaat,zohor kt umah? 🙄 mmmmm klau mcm tu opis xyh p,keja kt umah ja..sek xyh p,sek kt umah ja..gena? Jgn takut p masjid…masjid kn tempat yg selamat….lps solat jumaat ramai2 tu buat solat hajat plak…doa ramai2…solat jumaat kan lebih baik….Mmmm tah lahh mufti perlih lebih ‘arif’ kan…🙂 #anakperlihpure

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

mmmmm kalau macam tu opis takyah p, keja kt umah ja..sek takyah p, sek kt umah ja..gena? Jangan takut pi masjid…masjid kan tempat yang selamat….

lepas solat Jumaat ramai2 tu buat solat hajat plak…doa ramai2…solat jumaat kan lebih baik….Mmmm tah lahh mufti perlih lebih ‘arif’ kan…

#anakperlihpure

Bagaimanapun Perkongsian dari Rita Rudaini turut mendapat komen baIas dan reaksi dari para peminat. Ada yang menyokong dan ada juga yang menjawab tujuan pengecualian solat Jumaat hari ini.

Berikut pula penjelasan lanjut Dr Maza

Penjelasan Dr Maza

Saya baharu menelefon bertanya kepada Ketua Pengarah Kesi1hatan Malaysia “apakah perbezaan antara khutbah pendek dan panjang semasa Jumaat di sudut saintifik berkaitan COV1ID 19?”. Ini bertujuan menilai keputusan yang kami buat dan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh sesetengah pihak.

Jawab beliau: “Tiada perbezaan jika orang yang membawa virvus tersebut bersin sahaja maka mereka yang pada jarak dekat akan tetap terkena”.

Katanya lagi: “Jarak membezakan. Kalau jarak 1 meter dan ke atas dari pvnca penyaki1t boleh mengelakkan kesan”.

Maka fahamlah kita mengapa KKM meminta tidak diadakan perhimpunan berskala besar sekalipun dalam masa yang singkat.

Rayuan pada sahabat Tabligh

Dengan rendah diri menyusun jari saya merayu kepada sahabat-sahabat tabligh yang dikasihi, di negeri Perlis, juga di luar Perlis yang terbabit dengan perhimpunan di Sri Petaling baru-baru ini, pergilah membuat pemeri1ksaan di pusat-pusat kesi1hatan yang disediakan.

Beberapa pihak memaklumkan kepada saya masih ada yang belum melakukan pemeri1ksaan. Ada yang memberikan alasan penyaki1t dari Allah, kita perlu reda. Ada pula yang berkata ‘masjid tempat baik, tiada jangk1itan akan berlaku’.

Ada pula berkata ‘jangan takut vi1rus tapi takut Allah’. Ada pula berkata ‘kalau mati1 sy4hid’ dan pelbagai lagi falsafah yang disalahgunakan.

Operasi mencari di merata tempat

Penyaki1t ini berjangk1it. Jika sekadar menimpa seseorang tanpa membabitkan orang lain, maka itu terpulang pada individu tersebut. Ada pendapat fuqaha di situ.

Namun, bagi virvs yang mudah berjangk1it seperti ini, ditambah dengan kehadiran saudara-saudara secara aktif ke masjid dan surau, amatlah sal4ah kerana telah membah4yakan masyarakat yang lain.

Agama mel4rang kita membah4ayakan pihak lain tanpa alasan yang benar.

Tidak wajar untuk kita menambah b3eban kepada pihak Kementerian Kes1ihatan Malaysia (KKM) untuk mencari saudara-saudara ke serata tempat untuk diperiksa.

Saya difahamkan di Perlis pihak KKM terpaksa buat operasi mencari saudara-saudara yang terbabit. Berikanlah kerjasama dan kasihanilah umat Islam yang lain.

Bahkan bukan muslim sekalipun tidak boleh kita membah4yakan mereka. Janganlah saudara-saudara hadir ke masjid atau selainnya melainkan saudara-saudara disahkan selamat.

Saya benar-benar memohon merayu kepada saudara-saudara yang terbabit. Saya percaya saudara-saudara orang yang baik-baik dan ingin mencari redha Allah. Niat saudara ingin berjemaah juga baik, tapi tolonglah.

DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN ialah Mufti Perlis.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : duniadanakhirat

 

Be the first to comment on "Dibid4s Rita Rudaini Isu Solat Jumaat, Ini jawapan padu Dr Maza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*