Gadis Berusia 21 Thn Ini Merupakan Seorang Pemandu Trak Tercantik Di Jepun

dari Jepun ini sudah mahr membawa trak bagi membantu menyara dirinya. Rino membuat keputusan untuk mengorb4nkan cita-citanya untuk menjadi seorang guru tarian bagi menggantikan bapanya yang s4kit.

Dia kemudian mengambil lesen yang membolehkannya mengendalikan jentera berat lalu menemani bapanya yang bertugas membawa trak dalam jarak jauh, di mana dia akan bergilir-gilir memandu bersama bapanya dan bertukar-tukar syif

“Saya sebenarnya suka mengajar tarian tradisional kimono tetapi saya tidak sanggup membiarkan bapa memandu keseorangan di saat saya lihat dia saklt. Jadi, saya meningg4lkan semuanya dan memilih untuk membantu bapa saya,” cerita Rino.

Semenjak daripada itu, minatnya terhadap kerja ini bertambah sehinggakan dia berupaya memandu sendiri trak Volvo SR12.

Ramai orang termasuklah ibunya cuba memujuk Rino untuk tidak meneruskan karier sebagai pemandu trak namun Rino tetap mahu meneruskannya.

Kini, dia sangat dikenali, terutamanya dalam industri logistik dalam talian sebagai pemandu trak paling cantik. “Saya hargai pujian yang diberikan tetapi harus diingat walaupun cantik, saya juga seorang yang kuat,” katanya.

Dia akan memandu trak Vovlo berkenaan 10,000 batu jauhnya yang membawa barangan akuatiik, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dihantar ke destinasi.

Dia berharap dirinya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain untuk turut sama menceburi industri logistik dan pengangkutan.

Lazimnya, pemandu trak memainkan peranan yang amat penting kerana mereka menyediakan perkhidmatan masyarakat dengan menghantar barangan dalam jarak yang jauh melalui jalan darat, kebiasaannya daripada industri pertanian kepada pusat pengagihan.

Perjalanan yang panjang memakan masa selama beberapa jam di atas jalan raya membuktikan bahawa seseorang pemandu trak berkenaan harus berupaya menjalankan tanggungjawab daripada aspek mental dan fizikal dengan baik.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Tambahkeju.com

 

Be the first to comment on "Gadis Berusia 21 Thn Ini Merupakan Seorang Pemandu Trak Tercantik Di Jepun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*