Zara Zya b0ngkarkan motif komen mesra Azlee Khairi di Ig nya. Jawapan Zara Zya mengejutkan banyak pihak.

Pelakon Zara Zya menyifatkan komen-komen yang ditulis Azlee Khairi di Instagram mereka tidak membawa maksud tersirat. Malah, pelakon yang sedang melonjak naik dengan drama bersiri Seadanya aku itu menjelaskan hubungannya bersama Azlee ibarat keluarga sendiri.

“Berbalas-balas komen di Instagram itu tak selalu pun, kadang-kadang ada kadang-kadang tak pun. Saya tak adalah pula tanya apa tujuan dia tulis komen sebegitu. “Tak tahu nak bagi harapan kat siapa, saya atau peminat? Tetapi apa yang boleh saya katakan kami selesa berkawan di set dan digandingkan bersama dalam drama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🌹

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

“Soal peribadi biar dia sendiri yang jawab saya tak nak campur. Dia seperti keluarga saya, gila-gila kalau bekerja,” jelasnya. Zara ditemui ketika Upacara Penutup Kursus Asas Pertahanan Awam (APM) di Akademi Latihan Pertahanan Awam, Sungai Merab, Kajang baru-baru ini.

Zara dan Azlee digandingkan bersama selepas kali terakhir menerusi Love You Mr. Arrogant sekitar tujuh tahun lalu. “Kami ada keakraban ‘on screen’ yang sangat kuat. Apabila berlakon pun ada ‘give and take’ namun kariernya terhenti seketika dan kembali semula tahun ini.

“Saya gembira apabila peminat pun masih menantikan gandingan kami berdua walaupun sudah lebih 7 tahun berlalu. “Bila kembali berjumpa mula-mula rasa kekok tapi Azlee punyai sifat yang menyenangkan dan mudah bekerja bersama.

“Keserasian kami memang seperti magis tapi hanya on screen sahaja. Habis berkerja kami tidak berhubung pun melalui telefon atau keluar bersama,” tambahnya. Saksikan karya lakonan Zara Zya yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!

Sumber : Gempak

Hafreez, Zara Zya putvs selepas sebulan bertunang.

“SELEPAS bertunang baru jumpa dua kali iaitu pada hari pertunangan dan pada malam Anugerah Skrin. “Kami putvs bukan sebab orang ketiga. Ia lebih lebih kepada kami. Saya tak nak buka ruang tuding jari menyalahkan orang lain. Tidak mahu orang lain terbabit. Orang luar jangan spekulasi,” kata pelakon, Hafreez Adam sekali gus mengesahkan sudah putvs tunang dengan pelakon Zara Zya sejak bulan lalu iaitu selepas sebulan bertunang.

Hafreez, 29, atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata, itu adalah terbaik buat mereka selepas tidak lagi melihat sebarang perkembangan positif dalam perhubungan. “Sejujurnya, kami putvs bulan lalu. Saya lambat maklumkan perkara ini pun sebab Zara minta diberi masa. Jadi, kelmari kami putvskan untuk bercakap secara rasmi perkara ini. Saya tidak mahu terus meniqpu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️ . . Make up : @arymuzamer Kebaya : @madammmalaysia Contact lens : @eyelenshq Lipmatte : @zarazya_lipmatte

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

”Kami tidak gaduh. Kami berpisah secara matang. Ada isu yang terjadi tetapi biarlah antara kami saja yang tahu. Saya jumpa dia dan berbincang. “Saya cakap apa yang dirasa, begitu juga dengan dia. Selepas apa dilalui, saya berasakan perkara lebih rumit akan berlaku jika perhubungan ini diteruskan. Jadi, putvs adalah jalan terbaik. Dalam masa sama, tak nampak hala tuju,” katanya kepada Harian Metro.

Hafreez yang juga pelakon Mona Lisa berkata, dia sudah memaklumkan keluarganya mengenai perkara itu sejak dari awal mereka putvs. Malah, Hafreez menghadiahkan cincin dan hantaran yang diberi pada hari pertunangan mereka kepada Zara.

“Keluarga saya sudah tahu dari awal lagi. Mengenai cincin dan hantaran, saya hadiahkan terus padanya. Saya halalkan dan dia boleh simpan semuanya. “Tipu kalau saya cakap tak ralat dan kecewa apabila putvs. Sebab membabitkan air muka keluarga. Saya sayang dia. Saya bertunang dengan dia seminggu selepas arwah bapa meninggal.

“Apapun, kami anggap ini keputvsan matang. Saya anggap bukan jodoh walaupun dulu yakin kami akan kahwin. Malah, sepatutnya masa bertunanang tempoh hari kami merancang nak kahwin terus. Ternyata ini dugaan yang Allah nak beri. Apabila terjadi, saya tahu ada hikmah,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan Zara Zya gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab. Hafreez juga berkongsi, dia dan Zara merancang untuk berkahwin pada 10 Oktober 2020. Terdahulu, pasangan yang berkenalan ketika bergandingan dalam drama Mona Lisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu.

Sumber : myMetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Metroterkini

 

Be the first to comment on "Zara Zya b0ngkarkan motif komen mesra Azlee Khairi di Ig nya. Jawapan Zara Zya mengejutkan banyak pihak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*