Covld-19: ‘Jangan risau, kami tak lari’

KEBANYAKAN jemaah Majlis Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur hadir membuat ujian saringan kesihatan seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak penul4ran wab4k Covi1d-19 dalam komuniti.

Seorang jemaah, Bakri Che Muhamad, 57, berkata, sebaik mengetahui gesaan KKM supaya jemaah yang menghadiri majlis pada 28 Februari hingga 1 Mac itu perlu melakukan ujian saringan Covi1d-19, dia rasa bertanggungjawab untuk melakukan perkara itu.

“Saya menaiki Grab datang dari Taman Maluri ke masjid ini yang diberitahu ujian saringan akan dibuat di sini.

“Alhamdulillah, hasil ujian sudah diketahui dan saya neg4tif vi1rus berkenaan berdasarkan beberapa ujian dilakukan doktor,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan hari ini.

Katanya, ramai dalam kalangan jemaah yang dihubunginya menunaikan tanggungjawab masing-masing pergi ke klinik kesihatan daerah terdekat untuk membuat saringan.

“Orang ramai jangan risau, kami tahu tanggungjawab dan datang untuk membuat saringan kesihatan.

“Tiada siapa akan melarikan diri, contoh seperti hari ini ramai yang datang melakukan ujian kesih4tan,” katanya.

Katanya, ramai rakannya yang hadir hari ini disahkan neg4tif Cov1id-19.

“Alhamdulillah semoga Allah memelihara kami daripada sebarang peny4kit berb4haya,” katanya yang juga seorang peniaga.

Menurutnya, majlis ijtimak itu adalah program tahunan yang dihadiri lebih 10,000 jemaah Malaysia.

“Kebanyakan yang datang adalah orang Malaysia tetapi penceramah terdiri daripada maulana dari luar.

“Kebanyakan jemaah yang datang menggunakan pembiayaan sendiri dan aktiviti dilakukan adalah mendengar ceramah serta memantapkan ilmu agama kami,” katanya.

Ditanya sebaik KKM menggesa jemaah tabligh membuat ujian saringan Cov1id-19, Bakri pada mulanya terkejut.

“Dua anak saya doktor, mereka bertanya ada ke tidak saya pergi ke majlis berkenaan, dan jika ada terus ke klinik kesihatan buat ujian kesihatan.

“Saya bergegas pagi tadi ke klinik kesihatan terdekat dengan rumah namun mereka meminta saya datang ke masjid ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi jemaah yang enggan dikenali dari Segambut berkata, dia mengetahui perkara itu sebaik tul4r di media sosial mengatakan perlu membuat ujian saringan kesihatan.

“Saya memang ada menghadiri majlis ijtimak berkenaan yang diadakan setiap tahun.

“Kami memang akan bermalam di sini ramai-ramai. Tidak tahu pula sehingga ada salah seorang jemaah dari Brunei yang positif Covi1d-19,” katanya.

Menurutnya, atas rasa tanggungjawab, dia tetap datang membuat ujian saringan kesihatan.

“Tiada apa nak dimalukan, ini demi kepentingan dan keselamatan semua pihak,” katanya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Harian Metro

 

Be the first to comment on "Covld-19: ‘Jangan risau, kami tak lari’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*