Baru je angkat sump4h Timb. Menteri Belia & Sukan, dah kena ‘s0und’ dgn Papagomo

Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau juga dikenali sebagai Papagomo menasihatkan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya “tidak gel0joh” dengan jawatan timbalan menteri belia dan sukan.

Melalui ciapan di Twitternya, Azri berkongsi tangkap layar akaun Twitter Fayhsal yang memaparkan jawatan berkenaan.

“Sabar le YB senator @wanfayhsal tadi baru dilantik senator.

“Majlis angkat sump4h timbalan menteri belum lagi tu bro. Jangan nampak sangat awak tu gel0joh. Rileks bertenang,” tulisnya.

Dalam respons segera kepada Malaysiakini, Fayhsal menjelaskan bahawa keterangan pada akaun Twitter itu ditukar oleh pentadbir akaunnya.

“Oh itu admin saya yang tukarkan, no issue (tiada isu),” katanya ringkas.

Fayhsal sebelum ini merupakan pegawai khas kepada bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum dilantik menyertai kabinet Perikatan Nasional (PN).

 

Fayhsal juga merupakan pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa Pemuda Bersatu (Armada).

Bagi individu yang bukan anggota Dewan Rakyat diangkat menjadi menteri ataupun timbalan menteri, terlebih dulu perlu mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara.

Selepas mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara ataupun senator, kemudiannya disusuli dengan angkat sump4h jawatan sebagai menteri ataupun timbalan menteri.

Pagi tadi, enam senator mengangkat sump4h di Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, V S Vigneswaran, susulan pelantikan mereka dalam kabinet.

Selain Fayhsal, lima yang lain ialah Dr Zulkifli Mohamad (menteri di Jabatan Perdana Menteri), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan), Timbalan Presiden MCA Mah Hang Soon (timbalan menteri pendidikan I), naib presiden MCA Lim Ban Hong (timbalan menteri perdagangan antarabangsa), Ahmad Masrizal Muhammad (timbalan menteri alam sekitar).

Polisi Syed Saddiq mungkin diteruskan – Wan Ahmad Fayhsal

KUALA LUMPUR – Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan usaha baik yang pernah dilakukan oleh Syed Saddiq Abdul Rahman dalam pentadbiran baharu kerajaan hari ini.

Bagaimanapun beliau perlu membincangkan perkara itu dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas memulakan tugas di pejabatnya, esok.

“Saya perlu beri sokongan kepada Menteri saya dan meneruskan kerja baik yang dilakukan bekas menteri lalu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Steven Sim. Itu antara keutamaan pertama saya.

“Polisi lalu perlu saya bincang dengan menteri dahulu, perkara pertama esok pagi apabila saya memulakan tugas di pejabat esok.

“Saya fikir banyak perkara baik yang boleh kita teruskan seperti Inisiatif Reben Kuning, Malaysia Future Leader School,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, pagi ini.

Terdahulu, beliau bersama empat Menteri dan Timbalan Menteri mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Speaker Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran di bangunan Parlimen, hari ini. Antaranya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Datuk Lim Ban Hong, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak untuk mempertimbangkan meneruskan pelaksanaan E-Sukan yang diperkenalkan Syed Saddiq dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) lalu.

“Pada masa ini saya tak boleh kata, bergantung kepada hala tuju Menteri, kita kena nasihatkan Menteri,” katanya.

Ketika ditanya soal umur menterinya yang bukan dalam kalangan anak muda, beliau menegaskan ia bukan satu halangan.

“Selagi beliau boleh menyampaikan aspirasi anak muda dan para atlet kita, saya percaya dia boleh bawa ke dalam Kabinet baharu ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Sumber : Musang Viral

Be the first to comment on "Baru je angkat sump4h Timb. Menteri Belia & Sukan, dah kena ‘s0und’ dgn Papagomo"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*