“Rezeki tak mengkhi4nati usaha bro”- Naim Daniel

Meskipun Naim Daniel dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-34 pada awal Februari lalu namun masih terasa kemenangan penyanyi berusia 22 tahun ini dan sehingga kini dia juga tidak henti-henti menerima pelbagai respon positif ramai buatnya.

Bahkan, satu persatu sikap baik tular tentang penyanyi ini yang sedari kecil sudah dikenali ramai dalam industri hiburan tanah air yang turut menjadi diantara pelakon kanak-kanak popular dengan bakat ketika itu.

Diusia 22 tahun juga, Naim Daniel menjadi inspirasi buat peminat apatah lagi dengan hasil kerja keras kini dia berjaya memiliki aset besar buat dirinya.

Miliki aset ‘besar’ diusia muda

Malah, perkara berkenaan membuatkan netizen turut salute dengan penyanyi lagu popular, Sump4h ini yang juga merupakan lagu juara AJL 34.

Walau bagaimanapun, siapa menyangka usahanya untuk terus dikenali sebagai penyanyi juga kini berhasil dan satu perkongsian terbaru dari Naim Daniel sekali lagi membuatkan rata-rata meninggalkan pelbagai maklum balas positif buatnya.

Dulu busker, kini Naim Daniel juara AJL

Ini kerana, Naim Daniel berkongsi pada tahun 2018, foto kiri yang dimuatnaik dia merupakan busker bagi Anugerah Juara Lagu yang ke-32.

Dalam pada masa yang sama, foto di sebelah kanan pula merupakan detik dirinya dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah Juara Lagu baru-baru ini yang berlangsung dengan cukup meriah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Left : Was the busker for all of the #AJL32 ‘s songs (20/1/2018) . Right : #AJL34 (09/02/2020)

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

“Left: Was the busker for all of the AJL32’s songs (20/1/2018. Right: AJL34 (09/02/2020),” ujarnya menerusi kapsyen.

Terdahulu, Naim Daniel bersama Nabila Razali pada 2018 telah membuat kejutan untuk bergabung menyanyikan lagu-lagu finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-32 dalam MRT.

Dalam pada itu, diruangan komen pula rata-rata bangga dengan usahanya yang kini membuahkan hasil dalam kerjaya yang dilakukan penyanyi ini.

Reaksi ramai

Sumber: Instagram Naim Daniel, Youtube TV3 Malaysia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : HCL

 

Be the first to comment on "“Rezeki tak mengkhi4nati usaha bro”- Naim Daniel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*