Nourul Depp Ceritakan Pengalaman Perut Dibelah, Ini Nasihat Dia Kepada Semua Bakal Ibu Jika Doktor Nak Bel4h Perut

Penyanyi Nourul Depp berkongsi pengalaman bersalin anak lelakinya, Raphael bersempena ulang tahun kelahirannya yang kelima semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Nourul mendedahkan itu adalah pengalaman kali pertama perutnya dibel4h.

“Masa ni 5.10 pm baru ja dia keluar dari bilik pemb3dahan kat Prince Court nu. Ya. Dengan si anak lelaki kedua ni kami kena bel4h perut.

“Dia pun keluar awal. 34 minggu dia haru nak tengok dunia dah! Kami kena placenta previa kat dia. So dia merasmikan keluar kot tingkap.

“Apa apa pun tak kisahlah. Janji selamat. Masa tu punyalah risau kali pertama nak kena bel4h perut. Penakut nak mampuih,” tulisnya.

DENGAR NASIHAT DOKTOR

Dalam pada itu, Nourul turut berpesan kepada segelintir wanita supaya menuruti arahan doktor daripada menanggung ris1ko tinggi ketika melahirkan cahaya mata.

“Doktor Aziz kata bersedia na. Memang kena sedia lah. Mana boleh paksa nak normal. Sat lagi naya ja tempah kain kapan kami. Nauzubillah.

“Ada ibu yang degil na bila dia tau dia ada condition macam kami contohnya dia tak mau operate.

“Paksa jugak nak normal. Ada kes sama ada anak pi dulu atau mak dia yang gol. Jaga na. Jangan tak dengar cakp doktor. Depa lagi tau.

“Alhamdulillah okay ja pun operate. Raphael dah 5 tahun dah.

“Syukur alhamdulillah bersyukur sangat-sangat dengan kesihatan dan segala yang Allah bagi pada kami, pada Raphael dan sekeluarga.

“Awat hang putih sangat?! Bila bawak berjalan orang tengok especially di France. Depa kata kami maid dari Sri Lanka. Happy birthday Raphael. Mama love you,” tulisnya lagi.

Nourul pernah berkahwin dengan komposer Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan bercerai pada 28 Februari 2007.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.

Kemudian Nourul melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Nourul Depp Ceritakan Pengalaman Perut Dibelah, Ini Nasihat Dia Kepada Semua Bakal Ibu Jika Doktor Nak Bel4h Perut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*