Fathia Latiff Akhirnya Beritahu Samada Dia Ada Sakit Mental Atau Tidak Dan Apa Akan Dibuat Selepas Ini

TERKAIT pelbagai kontroversi, pelakon sensasi Fathia Latiff berharap tahun ini dapat memberi sinar baharu untuk dia terus berada dalam industri seni.

Menurut Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 33, dia masih dalam proses belajar mengawal diri daripada mengulangi kesilapan yang sama.

“Untuk tahun ini saya mahu mengasingkan karier seni dan kehidupan peribadi. Saya pun masih belajar untuk kawal diri, tak nak campur aduk kerjaya dan peribadi.

“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya nak jadi diri sendiri. Saya tahu, rakyat Malaysia sayangkan saya sebab itu saya cuba untuk berubah.

“Tapi tak boleh la terus nak berubah 100 peratus. Kena buat secara perlahan-lahan. Doakan yang baik-baik untuk saya,” kata Fathia kepada mStar.

Fathia ditemui ketika sidang media pelancaran single keduanya berjudul Jika Aku Tahu di Metropolitan Square, Damansara Perdana, Petaling Jaya pada Khamis.

Pada tahun lalu, Fathia menerima kecaman selepas membuat keputusan untuk membuka tudung dan foto dicium seorang lelaki menjadi tular di laman sosialnya.

Selain itu, penampilan Fathia mengayakan pakaian yang menjolok mata dengan berambut pendek ketika sambutan ulang tahun kelahirannya pada September tahun lalu turut mengundang kecaman.

Malah, Fathia juga pernah dikatakan mempunyai masalah mental dan menghidap penyakit bipolar disebabkan kehidupannya dilihat tidak terurus.

Fathia tidak pernah mengalami masalah mental.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular menerusi drama Ariana Rose ini menegaskan dia tidak pernah mengalami masalah mental atau bipolar seperti yang didakwa sebelum ini.

“Saya tidak pernah ada masalah mental, it’s all stupid dan saya tak pernah pun berjumpa doktor.

“Bagi saya, kontroversi memang akan terjadi dalam dunia selebriti. Tak kena mengena dengan masalah mental,” ujarnya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Fathia Latiff Akhirnya Beritahu Samada Dia Ada Sakit Mental Atau Tidak Dan Apa Akan Dibuat Selepas Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*