Ini Sebab Mengejutkan Kenapa Nasi Kandar Beratur Penang Diarah Tutup?

Sebut sahaja Nasi Kandar sudah pasti ianya sangat sinonim dengan negeri Pulau Pinang. Nampaknya ini bukanlah berita gembira buat peminat nasi kandar di negeri itu.

Sejak semalam tular mengenai sebuah restoran nasi kandar terkenal di Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang diarahkan tutup atas faktor kebersihan.

Memetik laporan Free Malaysia Today menyatakan bahawa terdapat beberapa sarang lipas ditemui di sana semasa lawatan mengejut Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Bukan itu sahaja, malah terdapat najis lipas dan air kencing tikus di sekitar premis berkenaan. Lebih menjijikan, najis turut ditemui di beberapa perkakas dapur yang digunakan untuk para pelanggan.

Meskipun beberapa laporan berita cuba merahsiakan nama restoran tersebut, namun berdasarkan maklumat yang tersebar di media sosial, restoran terbabit adalah Nasi Kandar Beratur yang sememangnya terkenal dengan pelanggannya yang sanggup datang beratur walaupun sudah lewat malam.

Restoran ini dijangka tutup selama 14 hari bagi aktiviti pembersihan. Selain restoran tersebut, dua lagi pasar mini turut diberi notis yang sama.

Sumber vitdaily

KPDNKK: Harga Nasi Campur RM100 Berpatutan

Susulan kisah mengenai seorang wanita tidak berpuas hati kerana makanan dimakan oleh suaminya mahal di sebuah gerai makan di Pahang, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tampil memberi penjelasan selepas melakukan siasatan.

Pengarah KPDNKK, Sharuddin Jali memberitahu bahawa pihaknya mengesahkan gerai makan tersebut yang terletak di Kampung Leban Chondong, Kuala Rompin, Pahang tidak melakukan kesalahan.

Menurutnya, gerai itu berjaya mempamerkan harga makanan bagi setiap hidangan termasuk harga udang mengikut gred dan berpatutan.

“Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong,” jelasnya.

Selain itu, dia turut menasihati orang ramai agar menyemak senarai harga sebelum mengambil lauk makanan bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi.

Kita sedia maklum bahawa udang galah sememangnya lebih mahal daripada udang biasa. Jadi, pelanggan boleh memilih sama ada untuk makan lauk tersebut atau tidak bergantung kepada bajet mereka.

Be the first to comment on "Ini Sebab Mengejutkan Kenapa Nasi Kandar Beratur Penang Diarah Tutup?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*