Aksi mesraa Eyka Farhana, Akhyar Rashid undang persoalan

AKSI boomerang intlm pelakon cantik, Eyka Farhana dan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kebangsaan, Akhyar Rashid tular di laman sosial yang menyaksikan mereka ‘berlaga’ pipi hari ini.

Video itu dipercayai dikongsi sendiri oleh Akhyar menerusi Twitternya yang diulang kongsi oleh Twitter Perak Power jam 1.41 pagi semalam, sebelum ditonton hampir 54,000 penonton.

 

Video itu turut diulang kongsi oleh 779 pemilik Twitter lain dan menerima 684 tanda suka.

Pemerhatian Harian Metro mendapat pelbagai komen negatif ditinggalkan warganet antaranya pengguna akaun Sabo@adifhaiman yang memetik dialog daripada filem Rock Oo iaitu perkara yang boleh menjatuhkan sesebuah negara 1. Rasuah 2. Tak menepati masa dan 3. Cinggey.

Pengguna Twitter Q-Hairul@m0tred pula menulis ‘getik aku tengok’ bagi melahirkan perasaan kurang senangnya terhadap gambar itu.

Manjo@luqmanarekim pula seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat apabila menulis ‘Eyka Farhana?.

Difahamkan ini kali pertama hubungan mereka didedahkan kepada umum sekali gus mengejutkan ramai peminat.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan kedua-dua mereka setakat ini belum berhasil.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: metro online

 

Be the first to comment on "Aksi mesraa Eyka Farhana, Akhyar Rashid undang persoalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*