[FOTO] Bagai Puteri Melayu Zaman SiIam, Majlis Bertandang Ain Edruce Angkat Tema Tradisi

Pelakon dan pengacara Ain Edruce selamat diijabkabulkan dengan cinta hatinya Amirul Hafiz Mustaffa 13 Disember lalu di ibu kota. Bermula dengan majlis bertunang yang diatur penuh meriah, diikuti malam berinai, akad nikah dan bersanding, pasangan ini ‘menutup’ majlis mereka dengan acara bertandang di pihak lelaki tempoh hari.

Mengangkat tema Melayu klasik sebagai konsep utama majlis, Ain dan pasangannya cantik dan segak dalam persalinan songket warna krim siap berselempang dan bercucuk sanggul. Turut melengkapkan atmosfera dan suasana klasik, pelamin indah dipenuhi dengan ukiran motif kerawang rona emas menampakkan kemewahan raja dan ratu sehari.

Sumber: theklikerwpp, dbevent_malaysia, Samiah Edrue

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Ohbulan!

 

Be the first to comment on "[FOTO] Bagai Puteri Melayu Zaman SiIam, Majlis Bertandang Ain Edruce Angkat Tema Tradisi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*