“Dengar Sayup-Sayup Suara Orang Mengaji, Puas Cari, Rupanya…,” – Ozylnn Cerita Suasana Hening Waktu Subuh

Awal pagi ini, pelakon Ozlynn ada memuat naik sekeping foto yang nyata mengundang perhatian para pengikutnya.

Sinonim dengan didikan sahsiah yang baik buat anak-anak, isteri kepada Johan memaklumkan anak sulungnya, Ariq yang mahu mendirikan solat Subuh di masjid.

Bagaimanapun, dia tidak dapat berbuat demikian dan tunai solat di bilik kemudian mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.

“Dia ketuk bilik nak subuh kat masjid.. kita ckp mama boleh anta.. dia ckp xpe la cuba call pakcik dia (adik aku) so aku pun teruskanlah urusan aku dlm bilik.. 6.20am mcm terfikir.. mane anak aku.. jadi ke pergi masjid.

“Sekali dgr sayup2 suara org mengaji.. puas cari.. rupanya dalam bilik game.. dia ckp x dpt pegi masjid.. pakcik dia x jwp fon.. so dia solat n mengaji kat umah jek.. aku ckp nape x bgtau.. aku boleh anta.. dia jawap.. xnk ganggu mama.. ingat mama nak rehat.. pastu moleiq n chantiq tdo kat ruang tamu.. so abg mengaji kt sini,” maklum Ozlynn.

Serentak dengan itu. ibu kepada lima cahaya mata ini turut mendoakan kebahagiaan permata hatinya itu dunia akhirat.

“Anak bertuah.. moga Allah lindungi kamu abg Ariq.. kamu nih anak yg soleh.. merasa semua kesusahan dgn mama n papa.

“Moga Allah terangkan hati kamu dgn Al Quran, sihatkan kamu dgn ibadah dan amalan, cerdaskan minda kamu utk atasi ujian, dan ambil kamu di saat kamu sedar dunia bukan lagi keperluan.

“Terima kasih Allah utk “pinjaman berharga” ini.. Doa aku xkan putvs utk dia,” tulisnya lagi.

Ozlynn mendoakan anak sulungnya itu dan berterima kasih kerana mempunyai anak bertuah itu. Ternyata perkongsian Ozlynn membuatkan ramai terharv dan rakan selebriti meninggaIkan pelbagai komen.

Reaksi ramai

Hasil perkahwinan Johan dan Ozlynn, pasangan selebriti dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.

Foto: Instagram Ozlynn Watie

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MH

 

Be the first to comment on "“Dengar Sayup-Sayup Suara Orang Mengaji, Puas Cari, Rupanya…,” – Ozylnn Cerita Suasana Hening Waktu Subuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*