“Disaat Anak Sebaya Lagi Main, Mereka Harus Berjualan Buat Menyambung Hidup” – Netizen

Sememangnya tidak dinafikan bahawa pada dunia hari ini masih ramai yang menjalani kehidupan dalam serba kekurangan. Situasi ini kadang kala mendesak untuk kanak-kanak terpaksa bekerja bagi menampung keperluan hidup.

Begitulah yang jelas terpancar dalam satu video yang memaparkan dua orang kanak-kanak sedang berteduh ketika hujan lebat. Di tangan mereka dipercayai terdapat bakul jualan kuih yang diniagakan pada penduduk setempat.

Menerusi video yang meny@yat hati ini, kanak-kanak itu juga dilihat sedang menggigiI kesejukan akibat hujan yang sangat lebat. Ada kalanya, mereka menjenguk ke dalam rumah tempat mereka berteduh. Ada kalanya juga seperti ada usaha untuk meredah sahaja hujan lebat tersebut.

Situasi yang dialami oleh dua orang kanak-kanak ini sungguh berbeza dengan kehidupan kanak-kanak lain. Apa tidaknya, di usia begitu kanak-kanak biasa akan menikmati pelbagai permainan yang diberikan oleh ibu bapa, namun berlainan pula dengan dua orang ini.

Menjengah ke ruangan komen, nyata rata-rata netizen tersentuh dengan situasi yang dialami oleh dua orang kanak-kanak itu. Malah, ianya telah mengajar mereka untuk bersyukur dengan apa yang dinikmati sekarang.

“Ya Allah, berikan rezeki yang berlimpah pada anak itu…Amiin”

“Semoga pada masa akan datang, kalian berjaya, Aamiin”

“Ya Allah dek, sehat selalu. Semoga di masa depan kalian jadi orang berjaya”

Sumber: Kegoblongan.Unfaedah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Siakap Keli

 

Be the first to comment on "“Disaat Anak Sebaya Lagi Main, Mereka Harus Berjualan Buat Menyambung Hidup” – Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*