[VIDEO] Mukbang Latok F4il, Netizen Pec4h Perut

Sekiranya anda biasa melawat Youtube pasti anda pernah menonton atau dicadangkan video mukbang untuk melihat Youtuber menjamu selera di hadapan kamera sambil memberikan review tentang hidangan yang mereka makan.

Kebanyakkan orang menonton mukbang untuk mengetahui tentang makanan yang mereka tidak pernah cuba atau hanya sebagai peneman ketika mereka makan.

Mukbang biasanya melibatkan banyak jenis makanan dalam tema atau kategori yang sama, dan dimakan seorang diri atau bersama beberapa orang rakan dalam suasana yang meriah dan lucu.

Namun menurut seorang pengguna Twitter, tiada mukbang latok yang lebih lucu dari video mukbang oleh seorang youtuber bernama Abdul Aii ini.

Dalam video yang disiarkan di Youtube, youtuber tersebut membuat mukbang untuk makanan-makanan dari Semporna Sabah, antaranya latok, siput dollen, kahanga, dan putu.

Dia turut mengajak beberapa orang rakannya untuk makan bersama dalam video tersebut. Namun belum sempat mereka menjamah selera, satu kem4langan tidak dijangka berlaku.

Ketika lelaki berkenaan sedang menjelaskan tentang latok, sejenis anggur laut Sabah kepada penonton, rakannya yang sedang menunjukkan pinggan berisi latok itu ke arah kamera tertumpahkan makanan itu ke atas hidangan lain.

Kemalangan itu membuat mereka semua tergelak, namun apabila rakannya ingin meletakkan semula latok itu di atas meja, pinggan yang dipegangnya terbalik dan semua latok di dalamnya tertumpah, menyebabkan mereka terus angkat kaki.

Namun demi meneruskan video tersebut salah seorang rakannya terpaksa mengangkat semula latok yang tertumpah ke dalam pinggan.

Video yang turut dikongsikan di Twitter itu membuat rata-rata penonton pec4h perut melihat kegagalan video mukbang tersebut.

Sumber: Youtube

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : HCL

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Mukbang Latok F4il, Netizen Pec4h Perut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*