Akaun FB Tangmo Kembali Aktif Cetus Tanda Tanya,Adakah Dia Masih Hidup?

 

Seperti yang semua tahu, beberapa bulan yang lepas pelakon terkenal Thailand, Tangmo disahkan telah menlnggal dunia akibat lem4s selepas terjatuh dari bot. Malah kes kematlannya ini menerima perhatian ramai di atas beberapa spekulasi yang timbul.

Baru-baru ini pula, kes tersebut kembali menjadi bualan ramai apabila akaun Facebook milik Tangmo kembali aktif. Bukan sahaja aktif malah perkongsian yang dikongsikan menerusi akaun tersebut juga mencetuskan tanda tanya.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik itu, dapat dilihat beberapa gambar yang dikongsikan bersama mesej meminta mereka yang terlibat di dalam insiden tersebut mengaku bersalah. Tak cukup dengan itu, akaun Facebook tersebut juga seolah-olah menuntut keadilan yang adil bagi insiden yang berlaku itu.

“Saya masih menunggu kebenaran dari mulut lima orang, jika mereka tidak bercakap benar saya akan dedahkan semua yang berlaku di atas bot.”

Semua perkongsian yang dimuatnaik ini turut menimbulkan tanda tanya siapakah sebenarnya di sebalik akaun Facebook tersebut. Menurut Hippo iaitu salah seorang rakan rapat Tangmo, tiada seorang pun rakan-rakan yang tahu akses untuk menggunakan akaun tersebut.


Sumber

Peguam Decha turut memberitahu ibu Tangmo sama sekali tidak menggunakan akaun Facebook anaknya itu malah tidak tahu untuk menggunakan aplikasi tersebut. Pelbagai spekulasi kembali timbul apabila ada yang mendakwa pelakon itu sebenarnya tidak menlnggal dunia seperti yang disangka.

Tambahan pula, gambar-gambar yang dikongsikan kali ini masih belum pernah dikongsikan sebelum ini. Difahamkan, tiada sebarang ujian DNA yang dilakukan pada mayat Tangmo sebaliknya hanya bedah siasat yang mendapati punca kematlan disebabkan lem4s akibat kesan lumpur pada paru-paru.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :   https://www.himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Akaun FB Tangmo Kembali Aktif Cetus Tanda Tanya,Adakah Dia Masih Hidup?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*