Hafreez, Zara Zya putvs tunang bulan lalu

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hafreez Adam, 29, mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Zara Zya sudah terIerai, bulan lalu.

Akur dengan suratan tertulis, Hafreez bagaimanapun menjelaskan, mereka berpisah secara baik.

Katanya, dia dan Zara sepakat untuk meIeraikan segala spekuIasi berkaitan hubungan mereka yang dikatakan retak, sejak beberapa hari lalu.

“Jumaat lalu, kami berbincang menerusi aplikasi WhatsApp dan sepakat untuk meleraikan persoalan mengena1 hubungan kami, hari ini.

“Masing-masing tidak mahu berterusan mengundang apa sahaja rasa yang kurang enak, sejak kebelakangan ini. Kami putus pun dengan cara yang baik. Saya dan Zara tidak bergadvh.

“Cukup saya katakan, tiada lagi persefahaman dalam hubungan yang sekian lama terjalin ini. Tiada jodoh antara kami,” kata bintang drama Raisha 2 itu.

Sebelum ini, pelbagai spekuIasi muncul apabila Hafreez dikatakan tidak lagi mengikuti Zara di Instagram, selain memadamkan gambar mereka berdua.

Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 itu turut menjelaskan, buat waktu ini dia lebih selesa memberikan ruang untuk diri masing-masing, sekali gus mengelak daripada bertembvng atau digandingkan dalam mana-mana drama.

“Buat seketika dan waktu terdekat ini, saya cuba mengelak untuk bertemunya. Saya juga tidak mahu detik sebegitu membuatkan kami berdepan sebarang tek4nan daripada pihak luar.

“Saya percaya, masing-masing memerlukan ruang untuk melawan apa sahaja perasaan yang bertamu. Kita tak tahu, selepas berita ini dided4hkan, kec4man dan tek4nan mungkin bertandang tanpa diduga,” katanya.

Sebagai lelaki yang pernah bertakhta di hati Zara, Hafreez mendoakan yang terbaik buat bekas tunangnya itu.

“Siapa sahaja jodohnya selepas ini, saya akan mendoakan yang terbaik dari kejauhan. Saya turut mengharapkan pengertian peminat kami, untuk sama-sama mendoakan yang baik-baik.

“Kalau boleh, usahlah berteIagah atau membuat apa-apa pertikaian selepas kami tidak lagi bersama. Teruslah menyokong diri dan kerjaya seni kami,” katanya.

Terdahulu, ketika diminta mengulas mengenai keh4mbaran hubungan mereka, Zara atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 34, menjelaskan ia bukan disebabkan kehadiran orang ketiga.

“Sama seperti pasangan lain, kami juga berdepan dugaan ketika menempuh alam pertunangan,” ujar Zara.

Pasangan yang berkenalan ketika bergandingan dalam drama Monalisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu. Mereka merancang mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : BH 

 

Be the first to comment on "Hafreez, Zara Zya putvs tunang bulan lalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*