Ryzal ambil tindakan terhadap individu menuduh Rina bukan anaknya- “Dia fitnah suruh buat DNA’

 

Pasangan popular dengan nama Duriankimchi, iaitu suami isteri Ryzal Ibrahim dan Maryam yang berasal dari Korea sering menjadi sasaran netizen. Maryam kerap kali menjadi bahan kecaman hanya kerana tidak berpantang cara melayu. Ryzal juga tidak kurangnya apabila dia pernah dikecam kerana bergurau kasar dengan isterinya itu.

Menerusi perkembangan terbaru, Ryzal dikatakan berang apabila ada seorang individu bermulut celupar yang melebihi batas apabila berani komen menyuruh Ryzal melakukan DNA kerana mendakwa wajah anaknya langsung tidak kelihatan sepertinya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Menerusi Instagram Story Ryzal, dia mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadapt individu tersebut kerana dianggap sudah keterlaluan.

Ryzal juga sempat menitipkan pesanan agar menjaga tutur katanya agar tidak terlalu bebas berkata-kata sehingga mampu mengguris hati orang lain atau menimbulkan fitnah yang tidak berasas.

Selepas Ryzal mengatakan mahu mengambil tindakan, individu tersebut telah menukar nama Instagramnya namun Ryzal erkata itu tidak menjadi masalah kerana URL profilenya sudah cukup untuk menjejakki lokasinya.

Min juga menganggap kata-kata itu sudah keterlaluan dan tidak sepatutnya dia berkata begitu kerana ianya melibatkan maruah orang lain. Semoga semua netizen diluar sana mengambil pengajaran daripada perkara ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.rotikaya.rimbabara.com/

 

Be the first to comment on "Ryzal ambil tindakan terhadap individu menuduh Rina bukan anaknya- “Dia fitnah suruh buat DNA’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*