“Sampah RM70 Ribu” – Wanita Cemas Bila Anak Terbuang Kotak Emasnya Ke Dalam Tong Sampah

 

Tular menerusi FB hari ini mengenai seorang wanita yang berdepan dengan detik cemas apabila kotak emas miliknya hilang sebelum ditemui di dalam timbunan sampah yg telah dikutip oleh pekerja syarikat pembersihan.

Menerusi video yg dikongsi oleh seorang pengguna FB, ,memaparkan proses pencarian tersebut. Sehinggakan sampah yg telah dikutip terpaksa dikeluarkan semula dari dalam lori bagi memudahkan proses pencarian.

Sejurus terjumpa kotak emas milik beliau, wanita tersebut dengan pantas mengambil dan membasuh kotak tersebut dengan sabun di sinki berdekatan. Pada masa yg sama, sempat dia menunjukkan koleksi emas yg disimpannya selama ini. Selain itu, perakam video juga sempat menganggarkan jumlah harga emas tersebut yang dikatakan sekita RM70 ribu.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang mendakwa kejadian terbabit berlaku di Sik, Kedah dan punca kejadian adalah kerana anak beliau telah membuang kotak tersebut di dalam tong sampah. Selain itu juga, wanita tersebut bercadang untuk memberikan sedikit sagu hati buat pekerja – pekerja yang telah bersama- sama membantunya dalam mencari kotak emas nya itu.

Rata-rata netizen turut memuji tindakan pekerja pembersihan tersebut kerana sudi membantu wanita itu mencari kotak emasnya yang hilang.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: FB Anuar Rani by Motif Viral

 

Be the first to comment on "“Sampah RM70 Ribu” – Wanita Cemas Bila Anak Terbuang Kotak Emasnya Ke Dalam Tong Sampah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*