Tiada ‘order’, ‘rider’ Foodpanda singgah surau… Laungan azannya tarik perhatian ramai

 

DALAM kes1bukan bekerja sebagai penghantar makanan, jejaka ini tetap mencari masa untuk menjalankan kewajipannya sebagai umat Islam.

Baru-baru ini tul4r video memaparkan rider Foodpanda itu sedang melaungkan azan di sebuah surau di Pulau Pinang sehingga menerima lebih 100,000 tontonan.

Bercerita kepada mStar, Abdul Rauf Mohd Azmi, 20, mended4hkan video itu dirakam pada minggu lepas ketika dia hadir ke surau berkenaan untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

“Pada waktu itu saya sedang bekerja, tapi tiada order masuk. Jadi saya balik ke rumah dan kebetulan dah nak masuk waktu Maghrib. Ia merupakan surau di sebuah pondok berdekatan rumah saya.

“Ketika ada di hadapan surau, ada seorang hamba Allah minta saya laungkan azan. Kemudian ada orang rakam ketika saya azan, ada seorang hamba Allah hantar video itu kepada saya. Jadi saya kongsi video itu di TikTok.

“Melalui video itu, saya cuma nak sampaikan mesej agar kita tak pandang h1na sesiapa, walau apa pekerjaan yang dibuat, jangan nilai luaran. Pada masa sama, dalam kes1bukan kerja, jangan lupa pada Pencipta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kita kena cari masa, Apabila niat kita nak cari reda Allah, pasti Allah akan beri kelapangan masa kepada kita,” ujarnya yang mesra disapa Rauf.

Menurut anak kelima daripada lapan beradik itu, dia terkejvt dan tidak menyangka video berkenaan akan meraih perhatian ramai.

Di sebalik pujian dan kata-kata positif, Rauf mended4hkan dia turut menerima komen negatif, namun dia berlapang dada menerima segala tegvran oleh netizen.

rauf3

Rauf terkejvt video azan itu tul4r di aplikasi TikTok.

“Terkejvt sangat-sangat bila viral, saya memang tak sangka. Memang rezeki saya. Pada masa sama, saya rasa nervous.

“Kebanyakannya komen positif. Mereka doakan saya. Tapi, ada juga komen negatif. Mereka kata, kenapa nak tunjuk kebaikan pada orang?

“Saya OK saja. Saya ambil komen itu sebagai pengajaran,” ujarnya yang menetap di Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Mengenai dirinya, Rauf sebelum ini pernah mengikuti pengajian di pondok selama lima tahun.

“Dulu saya belajar pondok selama lima tahun. Sekarang saya kerja Foodpanda buat sementara waktu, saya tunggu nak dapat panggilan belajar. Kalau boleh nak belajar dalam bidang Syariah Islam.

“Mengenai azan pula, saya sebenarnya dah belajar sejak darjah lima. Saya pernah azan di masjid, tapi sangat jarang. Selalunya saya azan di surau.

rauf2

Rauf menerima dengan hati terbuka segala komen yang ditinggalkan di TikTok miliknya.

“Pada pandangan saya, kalau nak belajar azan, jangan fikir suara sedap ke tidak. Paling utama, niat dengan keyakinan… kena yakin.

“Selain itu, jangan terus buat lagu. Buat permulaan, cuba azan biasa dahulu. Bila dah dapat rasa yakin, baru cuba berlagu,” ujarnya lagi.

Di kesempatan sama, Rauf turut meminta rakyat Malaysia mendoakan dia dan rakan rider yang lain agar dipermudah semua urusan dan sentiasa diberi kesabaran tinggi dalam menjalankan tugas.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MSTAR

 

Be the first to comment on "Tiada ‘order’, ‘rider’ Foodpanda singgah surau… Laungan azannya tarik perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*