Shaza Bae terima amaran jangan k4cau ‘boyfriend’ Janna Nick – “Pernah juga orang tanya, sampai bila saya nak jadi per4mpas?”

GARA-GARA membawa watak sebagai per4mpas dalam drama Marry Me Senorita, pelakon Shaza Bae menerima mesej amaran daripada individu tidak dikenali agar berhenti menganggu kekasih kepada aktres Janna Nick iaitu Dini Schatzmann.

Biarpun menerima ugutan, namun Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri, berasa gembira kerana watak sebagai Rosa Arabella sebagai per4mpas itu telah berjaya memberi kesan kepada penonton.

Tambahnya lagi, terdapat netizen yang meluahkan rasa sedih kerana tidak menyukai pelakon berusia 26 tahun itu melakonkan watak antagonis.

Shaza bergandingan dengan Dini dan Janna.

“Saya ada terima DM daripada netizen yang kata nak lempang saya la… ada yang siap beri amaran jangan kacau boyfriend Janna. Pernah juga orang jumpa saya tanya, sampai bila saya nak jadi per4mpas.

“Bagi saya, mereka cakap itu bukan ditujukan kepada saya tapi marah dengan karekter yang saya bawa. Walaupun dikec4m dan terima mesej macam itu, saya rasa gembira.

“Tak apa la kena kec4m pun sebab itu bermaksud lakonan saya menjadi… kalau tak ada respon, itu yang membimbangkan saya. Tapi ada juga netizen yang luah rasa sedih sebab saya bawa watak jah4t,” kata Shaza kepada mStar.

 

Tak apa la kena kec4m pun sebab itu bermaksud lakonan saya menjadi.

SHAZA BAE

PELAKON

Drama lakonan Janna, Dini dan Shaza itu sudah mula ditayangkan sejak 2 Februari lalu dan akan bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis menerusi slot MegaDrama, Astro.

Selain itu, Shaza berkata, antara cabaran untuk membawa watak Rosa itu apabila dia perlu memakai kanta lekap (contact lens) dan solekan yang tebal.

Shaza perlu memakai kanta lekap untuk menjayakan watak Rosa.

“Ini kali pertama saya dapat watak antagonis dan sejujurnya memang agak nervous sebab ia berbeza dengan karekter saya.

“Untuk watak Rosa, saya pertama kali terpaksa memakai contact lens dan solekan yang sangat tebal. Memang rasa tak selesa sebab saya bukan jenis yang macam itu tapi demi tanggungjawab, saya tetap lakukan,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Shaza Bae terima amaran jangan k4cau ‘boyfriend’ Janna Nick – “Pernah juga orang tanya, sampai bila saya nak jadi per4mpas?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*