Hantar Whatsapp Tapi Suami Tak Balas2, Sekali Adik Ipar Telefon. Isteri Macam Tak Percaya Apa Dah Terjadi

Tanda tanya isteri Mohd Zuhairi Abdullah, Nor Hayari Embong selepas pesanan WhatsApp dihantar tidak berbalas terungkai.

Hayari, 35, mengetahui sebab sebenar selepas menerima panggilan telefon memaklumkan suaminya m4ut selepas kenderaan dipandunya dirmpuh lori tangki di Kilometer 32, Jalan Pekan-Rompin berhampiran Tanjung Batu di sini, hari ini.

Menurut Nor Hayati, 35, yang merupakan suri rumah, dia menghantar pesanan itu pada 10 pagi bagi memaklumkan perihal anak-anak yang menjadi rutin harian mereka berdua ketika suaminya keluar bekerja.

” Saya menganggap suami tidak membalas kerana sedang memandu, memandangkan dia beritahu akan ke Tanjung Batu ketika keluar rumah pada 7 pagi. Sekitar 11 pagi, adik ipar telefon memberitahu suami meninggI kmIngan.

” Saya tidak percaya dan cuba menghubungi telefonnya namun langsung tidak berdering.

Rakan suami telefon sampaikan berita buat kali kedua

” Tak lama kemudian, seorang lagi kawan suami menyampaikan berita sdih itu, untuk kali kedua,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Unit Frnsik Hspital Pekan di sini.

Nor Hayati berkata, suaminya sudah 10 tahun bertugas di Pekan selepas berpindah dari Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands pada 2010 dan mereka mempunyai empat orang anak berusia antara dua hingga sembilan tahun.

Mohd Zuhairi juga menurut Nor Hayati, ada menyuarakan hasrat untuk pulang ke kampung sebelah isterinya itu di Terengganu, kerana sudah lama mereka tidak berjumpa dengan ahli keluarganya sejak negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 November lalu.

Nor Hayati berkata, jnzah suaminya akan dikebvmikan berhampiran kbur ayah arwh di Kampung Sungai Puteri, Rompin kira-kira 80 kilometer dari sini.

Mohd Zuhairi, 35, m4ut selepas kenderaan Toyota Hilux yang dipandunya dirmpuh lori tangki yang terbbas dari laluan bertntangan pada 10.20 pagi hari ini, menyebabkan kenderaan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu, remvk keseluruhan pada bahagian hadapan.

Turut m4ut ialah jururawat Julayha Kudus, 39, manakala Dr Muhd Ikhwan Ramlee, 29, p4rah di kepala.

Mereka yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, dilaporkan dalam perjalanan ke perkampungan Orang Asli Api Larat di Nenasi, Pekan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di sana.

Sempat lihat jnzah isteri terbaring tepi jalan

Sementara itu, suami Julayha, Asmawi Yusoff, 45, berkata, dia sempat melihat jnzah isterinya terbaring di bahu jalan, selepas dihantar rakannya ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kmIngan itu oleh suami kepada rakan isterinya itu.

Dia yang merupakan tenaga pengajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, turut mengikut kenderaan yang membawa jnzah ke Hspital Pekan sebelum pulang ke rumah, untuk memberitahu berita sedih itu kepada empat anak mereka yang berusia antara lima hingga 14 tahun.

” Saya mengambil masa agak lama di rumah untuk menenangkan anak-anak, sebelum kembali ke hspital bagi menguruskan jnzah.

” Saya tidak menyangka pagi tadi adalah kali terakhir isteri bersalam dan mencium tangan saya, yang menjadi rutin arwh sebelum keluar bekerja,” katanya.

Asmawi berkata, jnzah isterinya akan dikebvmikan di Tanah Perkburan Islam Taman Jambu di sini, selepas keluarga isterinya dari Palong, Negeri Sembilan memberi kebenaran bagi memudahkan mereka untuk menziarah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : http://limauais.pw/2020/12/07/adik-ipar-telefon-suami-tak-balas-whatsapp/

 

Be the first to comment on "Hantar Whatsapp Tapi Suami Tak Balas2, Sekali Adik Ipar Telefon. Isteri Macam Tak Percaya Apa Dah Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*