Tragis Kucing Terkena Parvo Dibuang Di Klinik Berserta Nota, Doktor Veterinar Takkan Maafkan Pelaku.

SEEKOR kucing dikenali sebagai Abu tular di media sosial selepas dibuang oleh seorang individu gara-gara terkena jangkitan parvovirus.

Menerusi sekeping nota yang ditinggalkan bersama sebuah sangkar, individu itu mengakui terpaksa membuang Abu yang berpenyakit kerana dia mempunyai banyak kucing lain di rumahnya.

“Saya minta maaf sangat-sangat buat macam ni. Tak pernah buat sebegini tetapi saya tak tahu nak buat apa. RM400 dah spend untuk check up, tolong jaga ya.

Story on the animal welfare aspects, latest developments etc. Picture taken with general of cats. — FAIHAN GHANI/The Star

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang popular di negara ini. -Gambar hiasan

“Tolong jaga si Abu ni. Rumah saya sudah banyak kucing. Si Abu ni saya jumpa di Rasta (kedai makan). Sudah bawa veterinar tetapi check ada parvovirus. Kena asing dengan kucing lain.

“Saya minta jasa baik sesiapa di sini untuk jaga baki makan dan ubat untuk si Abu. Saya tak tahu nak buat apa sebab risau sangat-sangat kucing kat rumah,” tulis individu itu.

Kisah mengenai Abu tular selepas ia dikongsi oleh doktor veterinar, Dr Salehatul Khuzaimah menerusi TikTok pada Sabtu.

Saya tak akan maafkan pemilik kucing yang buat begini.

DR SALEHATUL KHUZAIMAH

Meskipun kejadian itu tidak berlaku di kliniknya, Dr Salehatul berkata dia kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan.

“Saya rasa semua klinik veterinar pernah ada pengalaman ini. Saya tak akan maafkan pemilik kucing yang buat begini.

“Saya mungkin nampak lembut, tapi apabila melibatkan penderaan haiwan, pengabaian dan pemilik tak bertanggungjawab, saya berdoa Allah balas kamu seperti kamu layan haiwan tak berdosa ini.

“Saya minta maaf. Satu lagi, jangan ingat awak tinggal macam tu, lepaskan tanggungjawab kepada klinik, kedai haiwan, rumah perlindungan atau rumah orang lain, awak terlepas tanggungjawab tu.

“Awak akan dipertanggungjawabkan di akhirat. Dan jangan nak nasihat kata tu rezeki untuk doktor tambah pahala. Tolong jangan. Ia bukan tentang wang semata-mata, ia berkaitan dengan tanggungjawab,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, Dr Salehatul turut menggesa agar undang-undang berkaitan kes penganiyaan haiwan dapat dikuatkuasakan di negara ini.

dr ima1

Abu disahkan mati selepas ia ditinggalkan di sebuah klinik.

“Tolonglah kuat kuasa undang-undang penganiayaan haiwan ni cepat. Terutama berkaitan pemilik haiwan yang culas tanggungjawab. Hargai nyawa makhluk lain juga,” ujarnya lagi.

Menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen tentang perkembangan terbaharu kucing itu, Dr Salehatul berkata Abu telah mati.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih, namun ada juga yang cuba bersangka baik dengan tindakan individu itu.

“Sedihnya. Masa sihat ditimang-timang, masa sakit macam tu dibiarkan.

“Dia bukan owner, dia jumpa tapi tengok ada sakit pula, mungkin dia tak banyak duit nak jaga sampai sihat, jadi dia buat keputusan macam tu,” tulis netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.