Noorkhiriah Reda Van Jenazah Terbakar ‘Total Lost’… “Sedih, Kenderaan Itu Banyak Berjasa”

Van jenazah yang dimiliki oleh Pertubuhan Amal Nur by Khiriah, yang merupakan milik pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, dilaporkan telah terlibat dalam satu kejadian kebakaran baru-baru ini.

Berita ini disampaikan oleh Noorkhiriah sendiri menerusi akaun Instagramnya pada pagi hari, dimana beliau berkongsi video insiden tersebut serta tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berjaya mengawal kebakaran tersebut.

Kebakaran ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan peminat dan pengikut Noorkhiriah. Video yang dikongsikan memaparkan suasana kejadian, dan turut menunjukkan tindakan cekap dan pantas pihak berkuasa dalam menangani situasi tersebut.

Meskipun kenderaan jenis Hyundai Starex itu dilaporkan mengalami kerosakan total, Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Sapie, 46, berkata dia tetap berusaha membaiki van berkenaan supaya boleh terus digunakan untuk pengurusan jenazah.

“Van tersebut sudah dibawa ke bengkel tetapi kata mekanik kondisinya agak teruk. Enjin hangus terbakar, memang total lost dan difahamkan alat pengganti itu juga sukar untuk didapati.

Keadaan van jenazah milik Khiriah selepas terbakar.

Keadaan van jenazah milik Khiriah selepas terbakar.

“Memang ramai yang nak beri sumbangan tetapi saya masih belum mahu terima kerana ingin melihat terlebih dahulu sama ada van tersebut boleh dibaiki atau tidak.

“Kalau boleh baiki insyaAllah dengan duit sumbangan sebelum ini yang kami ada, saya akan baiki van tersebut tetapi jika tidak saya mohon doa mungkin Allah nak beri yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Khiriah memberitahu dia menyedari van tersebut terbakar selepas diberitahu oleh jiran dan sehingga kini punca masih belum diketahui.

“Pada malam Selasa jiran memaklumkan van jenazah ini terbakar dan api berjaya dipadamkan.

“Dari 2019 hingga 2024, itulah usia lima tahun van tersebut berkhidmat dengan nilai minimum 100 orang jenazah diuruskan dan dihantar ke destinasi terakhir.

“Saya reda dan pasrah dengan ujian ini, mungkin Allah nak gantikan dengan yang lebih baik,” ujarnya.

Masih memiliki dua lagi van untuk pengurusan jenazah, Khiriah bagaimanapun berkata kedua-dua kenderaan tersebut tidak boleh dipandu bagi perjalanan jarak jauh.

Malah, van yang terbakar itu adalah kenderaan milik keluarganya sewaktu dia menjalankan perniagaan satu ketika dahulu.

“Kami memang memiliki tiga buah van jenazah tetapi lagi dua van itu tidak boleh dibawa jalan jauh kerana ia hasil infaq dan dibeli daripada kereta terpakai.

Khiriah reda dengan ujian yang diterima.

Khiriah reda dengan ujian yang diterima.

“Van yang terbakar ini adalah kenderaan peribadi milik kami. Saya sayang nak jual van tersebut disebabkan itu saya sedih bila dapat tahu van tersebut terbakar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Noorkhiriah Reda Van Jenazah Terbakar ‘Total Lost’… “Sedih, Kenderaan Itu Banyak Berjasa”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*