Muat Naik Luahan Hati Berbaur Kesedihan. Irma Hasmie Kunci Mulut Punca Kemelut Rumah Tangga.

Gempar seketika media hiburan tempatan apabila pelakon Irma Hasmie dikatakan sedang mengalami gelora dalam rumah tangga bersama suami, Redza Syah Azmeer.

Apatah lagi apabila dia didakwa turut memadam foto-foto bersama suami selain memuat naik luahan hati berbaur kesedihan dan memohon kekuatan daripada peminat dan rakan artis.

Irma menegaskan bahawa orang ramai sepatutnya tidak membuat andaian berdasarkan apa sahaja yang dimuat naik dalam media sosial.

Beliau menyatakan bahawa setiap hantaran atau kandungan yang dipaparkan dalam platform media sosial perlu dilihat dengan bijaksana dan tidak boleh dijadikan penilaian sepenuhnya terhadap kehidupan peribadi seseorang.

“Saya minta maaf, kalau boleh tak nak komen langsung mengenai isu ini. Saya pilih tidak terlalu berkongsi soal peribadi.

“Saya pilih sebegitu, jadi saya minta maaf. Kita mudah untuk menilai, jadi saya harapkan apa sahaja hantaran dibuat jangan kaitkan dengan soal peribadi yang difikirkan.

“Kalau orang fikir mengenai itu, sebenarnya tidak. Sebab saya tak sebutkan secara terus-terang. Mungkin hantaran yang dibuat itu saya cakap mengenai perkara lain.

“Saya hanya berkongsi dan jangan menilai apa-apa. Saya baik-baik sahaja sekarang,” katanya.

Tegasnya, dia memilih langkah berkenaan supaya tidak mengeruhkan keadaan dengan persepsi negatif daripada orang ramai.

“Saya tak nak komen apa-apa sebab akan menimbulkan lagi pelbagai persepsi negatif orang ramai.

“Daripada orang tak bercerita, nanti akan jadi buah mulut orang dan banyak berkait dengan perkara lain,” katanya.

Ditanya mengenai komen negatif diterima, Irma berkata, dia enggan ambil peduli, selain menegaskan akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang hantaran dalam media sosial.

“Saya akan ambil yang baik sahaja. Saya kena jaga sebab yang nak jalani kehidupan ini adalah diri saya.

“Jadi, kenapa nak ambil peduli apa orang kata sebab yang menentukan kehidupan kita adalah Allah. Jangan terlalu ambil kira dengan apa orang nak kata.

“Selepas ini, saya akan sangat berhati-hati dan berfikir dulu sebelum muat naik sebarang hantaran sebab impak bakal diterima tidak boleh dijangka,” katanya.

Terdahulu, nama Irma menjadi bualan ramai susulan satu perkongsian dalam Instagram (IG) yang seakan-akan memberi bayangan mengenai rumah tangganya sedang bergelora.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Murai

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Muat Naik Luahan Hati Berbaur Kesedihan. Irma Hasmie Kunci Mulut Punca Kemelut Rumah Tangga."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*