Mahu Fokus Niaga Baju & Kebun Di Pahang, Ubai Berhenti Kerja

 

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ memaklumkan dia baru berhenti kerja di sebuah syarikat penyiaran kerana mahu memberi fokus penuh kepada perniagaan baju yang diusahakan.

Memetik Oh Bulan, Ubai keputusan itu dibuat kerana dia mahu menguruskan tanah miliknya di Pahang serta mengusahakan kebun.

“Saya baru berhenti kerja dan kini mahu fokus pada perniagaan dan nak uruskan tanah di Pahang.

“Perniagaan itu adalah perniagaan baju yang kini sedang giat saya lakukan.

“Kalau kebun itu pula, saya tanam durian jenis musang king, rambutan, cempedak. Insya-Allah seterusnya mahu tanam cili.

“Saiz kebun itu berukuran lebih kurang 3 hektar dan ada juga sebuah kabin di sana” katanya.

Dalam masa sama, suami kepada penyanyi Shila Amzah itu berkata dia masih menerima tawaran berlakon dan menjadi ‘talent’ jika dipanggil.

“Selain itu, saya masih lagi buat kerja sebagai talent untuk mana-mana program yang diundang. Cumanya sekarang tidak terikat lagi dengan mana-mana stesen TV,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : rotikaya

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Mahu Fokus Niaga Baju & Kebun Di Pahang, Ubai Berhenti Kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*