Kieda beli van, wakafkan kepada masjid untuk kegunaan masyarakat.

 

PENIAGA makanan popular Nur Khalieda Yusra atau Kieda menerima pujian netizen selepas dia mewakafkan sebuah van jenazah untuk kegunaan masyarakat setempat.

Menerusi perkongsian pada Khamis, Kieda berkata van jenazah itu diserahkan sepenuhnya kepada Masjid Al-Marbawi yang terletak di Merbau Kudung, Sungai Dua, Pulau Pinang.

“Alhamdulillah guys, hari ni hari yang Kieda tunggu-tunggukan, penyerahan van jenazah wakaf HQ Kieda Crepe Penang untuk pihak Masjid Al-Marbawi yang mana masjid abah Kieda dikebumikan.

2295531

Kieda merupakan pengusaha HQ Kieda Crepe Penang.

“Alhamdulillah guys di tangan Kieda ada geran. Geran ni bukan atas nama Kieda walaupun Kieda yang beli.

“Kieda serahkan segalanya ni, harta dunia ni untuk Kieda gunakan di akhirat juga, atas nama Masjid Al-Marbawi, Merbau Kudung, Sungai Dua,” ujarnya.

Menurut Kieda, dia tidak mengharapkan sebarang pembalasan, namun berdoa agar perjalanan perniagaannya dapat diteruskan dengan penuh keberkatan.

“Semoga dengan pemberian Kieda ni Allah akan boleh ringankan apa dosa-dosa Kieda masa dulu, masa yang akan buat ni.

“InsyaAllah Kieda wakafkan seikhlas hati dan tiada balasan apa Kieda minta, cuma moga Allah berkatilah perjalanan rezeki Kieda dan suami Kieda.

“Juga famili Kieda dan sahabat-sahabat yang mana join sekali dengan HQ Kieda Crepe Penang ni untuk kami terus dapat keredaan Allah,” ujarnya lagi.

Dalam perkongsian sama, Kieda berkata van jenazah yang dibeli secara tunai itu menjadi satu pencapaian terbesar dalam hidupnya.

Lebih istimewa, Kieda berkata masjid itu merupakan masjid kesukaan arwah bapanya yang baru sahaja meninggal dunia pada Julai.

“Yang ni pencapaian yang Kieda rasa terbesar dalam hidup Kieda sebab Kieda tak pernah dapat buat benda ni.

“Dan Alhamdulillah hari ni Allah izinkan Kieda untuk dapat wakafkan sebiji van cash kepada pihak masjid. Masjid yang arwah abah sayang pula tu. Alhamdulillah,” katanya lagi.

2142894

Perniagaan Kieda raih sambutan hangat di seluruh Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan ucapan tahniah atas pencapaian Kieda meskipun namanya kerap dihimpit kontroversi sebelum ini.

Malah, netizen juga berharap apa yang dilakukan Kieda dapat menjadi contoh buat peniaga tempatan yang lain untuk terus berbakti kepada masyarakat.

“Alhamdulillah syukur dengan izinnya. Tahniah Kieda.

“Antara niat saya juga bila nanti diberikan rezeki lebih macam Kieda. Alhamdulilah tahniah Kieda.

“Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan setiap urusan Kieda sekeluarga dunia akhirat,” ujar beberapa netizen.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Kieda beli van, wakafkan kepada masjid untuk kegunaan masyarakat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*